Berita Auto

Sambut Ulangtahun ke-75, Jeep Hasilkan Wrangler Bertemakan Perang Dunia ke-2

Nama ‘Jeep’ mula dikenali sejak 1941, apabila kerajaan Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak kepada syarikat Wiillys-Overland untuk membekalkan Willys MB sebagai kenderaan rasmi tentera mereka. Kenderaan itu mendapat nama jolokan ‘jeep’ yang kekal sehingga hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jadi, untuk meraikan ulangtahun ke-75 nya, Jeep telah menghasilkan sebuah Wrangler yang bertemakan Perang Dunia ke-2. Tetapi sayang, walaupun tidak ubah seperti kenderaan perang yang digunakan suatu ketika dahulu, hanya sebuah yang dihasilkan dan ia akan kekal sebagai sebuah konsep.

Dibina menggunakan Wrangler Sport sebagai asas, kenderaan yang diberi nama 75th Salute ini didatangkan dalam warna hijau buah zaitun dan dihiasi dengan corak bintang dan nombor ‘419’ di bumper hadapan. Ia juga mendapat rim 16 inci, tayar off-road 32 inci, bumper keluli hadapan dan belakang, selak hud klasik serta cangkuk tunda.

Jeep Wrangler 75th Salute 02

Seperti kenderaan tentera yang sebenar, model konsep ini tidak mempunyai pintu, tiang B dan roll bar. Ia dibina Toledo, Ohio, di mana Jeep dipasang untuk berdekad lamanya.

Previous post

Gohed Gostan Ep 31 Hari Raya Kelima PETANG Dengan Isuzu MU-X

Next post

Land Rover Discovery Tunda Gerabak Keretapi 60 Kali Beratnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *