Siri GT Asia Kembali ke Jepun
Siri perlumbaan GT Asia akan kembali ke Litar Antarabangsa Okayama hujung minggu, 12 bulan selepas pertarungan sengit yang menyaksikan McLaren 650S Gt3 dan Bentley Continental GT3 merangkul kejayaan pertama mereka di benua Asia.
Pusingan kali ini akan menampilkan pendahulu kutipan mata Anthony Liu dan Davide Rizzo dari BBT Ferrari. Mereka beraksi laju dan konsisten setakat ini, dan mengenali selok-belok litar itu hasil dari kemenangan podium pada tahun lalu.
Bentley kembali dengan misi membalas dendam yang diketuai oleh Adderly Fong dari Bentley Team Absolute. Dia juga akan bersaing dengan Keita Sawa yang merupakan bekas rakan sepasukan. Kereta ketiga pasukan itu pula akan dikendalikan oleh Vutthikorn Inthrapuvasak dan bintang European Bentley Christer Jöns.
Audi juga dijangka akan menjadi pencabar utama bersama pasukan Pheonix Racing Asia yang diwakili oleh Marchy Lee dan Shaun Thong. Turut menyertai adalah Ferrari #3 milik Clearwater Racing yang akan dipandu oleh Mok Weng Sun dan Gianmaria Bruni. Kedua-dua mereka mendapat tempat keempat dalam kategori GTE Pro-AM di Le Mans 24 Hours baru-baru ini. Perlumbaan terakhir mereka di Okayama menyaksikan kereta 458 Italia krom itu dijilat api.
Selain itu, antara muka baru yang akan membuat kemunculan di siri itu adalah bintang muda George Miedecke, bekas pemenang Australia GT Nathan Morcom, dan bekas peserta Super Taikyu Jono Lester yang akan memandu Porsche 991 GT3-R #98 milik GruppeM Motorsport bersama-sama dengan Tim Sugden.
Bercerita tentang Porsche, jenama itu juga akan diwakili oleh Craft-Bamboo Racing. Lamborghini pula akan meletakkan Andrea Amici dan Edoardo Liberati di dalam Huracan GT3 FFF Racing Team.
No Comment