Gaya Hidup / Lifestyle

Siri GT Asia Umum Kategori Baharu Bagi Musim 2017

Motorsport Asia Limited, promoter siri perlumbaan GT Asia, telah mengumumkan bahawa satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi musim 2017.

“Musim depan kita akan memperkenalkan satu kategori baru yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemandu amatur,” Ketua Pengarah Urusan Motorsport Asia Limited, David Snonscher berkata.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Kategori baharu tersebut adalah untuk pemandu bertaraf Gangsa sahaja (berdasarkan sistem penggredan FIA), yang akan menyaksikan dua kelas dipertandingkan – satu untuk pemandu amatur yang berpenglaman dan satu untuk pemandu ‘Gentleman’. Kedua-dua kelas akan bertanding untuk hadiah wang tunai dan juga podium.

Antara beberapa jenama terkemuka dalam sukan permotoran antarabangsa yang mempunyai kereta yang layak untuk kelas baru ini adalah seperti McLaren 570S , Porsche Cayman Clubsport, Aston Martin Vantage, BMW M3, Chevrolet Camaro dan KTM X -Bow.

Di samping kategori baharu ini, GT Asia juga mengekalkan format Pro-Am untuk kategori GT3.

 

Previous post

Porsche Mewujudkan 1,400 Peluang Pekerjaan Baharu Dengan Mission E

Next post

Lotus Elise Race 250 - Senjata Litar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *