SUV atau Crossover. Apa bezanya?
Anda sedang mempertimbangkan sejenis kenderaan seperti hatchback tetapi tunggangannya tinggi dan besar seperti … SUV … kemudian Si Salesman menunjukkan risalah kereta dengan gambar SUV tetapi ia dipanggil Crossover. Ini mengelirukan anda dan Salesman itu tidak menjelaskan apa dan di mana perbezaannya terletak. Izinkan kami membantu anda.
Jadi apakah perbezaanya? Mengapa sesetengah model dipanggil Crossover dan sesetengahnya dipanggil SUV? Crossover kebanyakannya dibina untuk pengendalian, kualiti serta kemudahan kereta, manakala SUV dibina untuk digunakan di kawasan yang lebih mencabar, muatan yang lebih besar, atau untuk tugasan rupa bumi kasar.
Crossover bermula dengan “unibody” kereta (di bawahnya adalah semua dari kereta ), yang hanya bermakna badan kereta dan bingkai, atau “asas,” adalah satu keping.
SUV menggunakan “body on frame” yang menyambungkan dua keping bebas menjadi satu. Manfaat reka bentuk unibody adalah ianya lebih ringan, membawa kepada kecekapan bahan api yang lebih baik , ketangkasan, dan perjalanan yang lebih lembut. Sementara itu, reka bentuk yang lebih berat “body on frame” tahan lebih lama dari segi karat dan apabila dipandu di muka bumi berimpak tinggi (memandu offroad).
Sekarang anda tahu bezanya … marilah kita lihat beberapa contoh Crossover dan … SUV.
Crossover –
Mazda CX3
Subaru XV
BMW X1
Honda HR-V
Renault Captur
Lexus NX
SUV
Mercedes G-Wagon
Audi Q7
Volvo XC90
Infiniti QX70
No Comment