Tonton Bagaimana Pekerja Ford Bekerjasama Rapat Dengan Robot Di Barisan Pengeluaran Advanced Mereka
Lebih daripada 100 tahun selepas kereta pertama dilancarkan dari barisan pemasangan perintis Henry Ford, Ford Motor Company menceburi bidang baru dengan cara pekerja dan robot bekerjasama menghasilakan kenderaan.
Berukuran lebih sedikit 3 kaki tinggi, robot baru bekerjasama dengan pekerja-pekerja barisan di dua stesen kerja.
Daripada memanipulasi shock absorber berat dan alat pemasangan, pekerja kini boleh menggunakan robot untuk mengangkat dan secara automatik meletakkan shock absorber ke dalam lengkung roda, sebelum menolak butang untuk melengkapkan pemasangan.
Ford kini mengkaji kegunaan selanjutnya kerjasama robot yang boleh diprogramkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang terdiri daripada berjabat “tangan” hinggalah membuat kopi.
No Comment