Yamaha MT-09 Tracer Dilancarkan – RM59,900 (CBU)
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan pelancaran rasmi model terbarunya iaitu Yamaha MT-09 Tracer ke pasaran negara ini.
Kemasukan MT-09 Tracer menandakan model kelima yang menyertai barisan ‘big bike’ HLYM. Ia akan menerajui barisan model sedia ada yang terdiri dari XJ6, MT-07, MT-09 dan juga XV950R.
Dengan berat kering 190 kg, MT-09 ialah sebuah motosikal ‘touring’ ringan yang sesuai untuk digunakan terutamanya ketika sesi menunggang pada hujung minggu. Ia dikuasakan oleh enjin tiga silinder bersesaran 847 cc dengan teknologi penyejukan cecair dan suntikan bahan api. Traction Control System (TCS) dan ABS adalah antara ciri standard yang terdapat padanya.
Yamaha MT-09 datang sebagai model import sepenuhnya (CBU) dengan harga RM59,900 (tidak termasuk cukai jalan, insuran serta nombor plat). Hanya terdapat dalam warna ‘Race Blu’, ia boleh didapati di pengedar Yamaha terpilih bermula pertengahan Julai ini.
No Comment