Yamaha Y15ZR Kini Dalam Warna Kelabu
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan satu skim warna baharu untuk Y15ZR iaitu kelabu. Dengan pengenalan ini, pengeluaran skim warna hitam sedia ada akan dihentikan manakala warna biru dan merah dikekalkan.
Bukan itu sahaja, harga jualan asasnya juga sama seperti sebelum ini iaitu RM8,210.76 (tanpa insurans dan cukai jalan).
Diperkenalkan buat kali pertama pada tahun lalu, pengganti model 135LC ini dikuasakan oleh enjin 150 cc silinder tunggal dengan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Antara ciri-ciri canggih yang dimuatkan dalam Y15ZR termasuk lampu hadapan dan belakang LED, brek cakera 245 mm dan juga sistem suntikan bahan api.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur jualan di bawah (klik untuk besarkan).
No Comment