Honda Malaysia Tayang Accord Facelift Baharu
Di majlis rumah terbuka Aidilfitrinya hari ini, Honda Malaysia telah mendedahkan Accord facelift baharu kepada wakil media yang hadir. Tempahan untuk model ini telah pun dibuka dua hari lalu dan ia dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
Secara spesifiknya, varian yang ditayangkan ini adalah Accord 2.4 VTi-L yang merupakan varian teratas selepas varian 2.0 VTi-L dan 2.0 VTi. Ia merupakan model Honda pertama yang ditawarkan dalam warna Obsidian Blue Pearl ini. Selain itu, warna baharu yang ditawarkan adalah White Orchid Pearl dan Lunar Silver Metallic.
Ciri yang paling menonjol tentulah rekaan ‘Solid Wing Face’ serta lampu baharu dan lampu nyaalan siang LED yang lebih kemas. Di bahagian belakang, model facelift ini menampilkan lampu kombinasi LED dan jalur krom di tengah-tengah. Ia juga menerima rim aloi baharu bersaiz 17 inci.
Sementara itu, tiada perubahan dijangkakan dari sudut enjin dan transmisi.
No Comment