Bagaimana SESETENGAH Penjual Kereta Terpakai Menipu Pembeli Online
Membeli kereta baru atau terpakai boleh menjadi satu proses yang menakutkan: Ada banyak kertas kerja, banyak maklumat pembeli mungkin tidak tahu dan banyak yang dipertaruhkan.
Perkara terakhir pembeli kereta perlukan adalah jurujual menggunakan helah dan penipuan untuk meningkatkan keuntungan mereka sendiri, dengan mengorbankan pelanggan. Jangan terpedaya dengan iklan yang menawarkan beberapa kenderaan untuk harga yang sangat rendah. Beberapa peniaga yang tidak jujur akan mendakwa bahawa beberapa kereta itu telah “sudahpun dijual”, maka mereka akan cuba untuk menjual kereta-kereta lain pada harga yang lebih tinggi.
Anda berjalan ke dealer dan salesman memberikan anda quote harga. Tetapi apabila anda sedang membuat persediaan untuk menyelesaikan deal itu, harga pada kontrak bukan harga yang dia quote. Anda juga boleh melihat bahawa kontrak anda mengandungi bayaran-bayaran lain yang meningkatkan jumlah harga tunai kenderaan anda.
Berhati-hati denagn jualan kereta dalam talian … ia bukan apa yang didakwanya …… dapatkan seorang yang berpengalaman (rakan, saudara, rakan sekerja) untuk membantu atau membawa pulang sebuah kereta baharu.
No Comment