Beli Nissan dan Alami Perlumbaan Buriram Super GT di Thailand
Pusingan 7 perlumbaan Buriram Super GT bakal diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2016 di Chang International Circuit di Buriram, Thailand. Nissan/NISMO meletakkan sasaran untuk merangkul kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam siri Super GT kali ini. Dengan itu, ETCM telah mengumumkan bahawa ia mengambil inisiatif untuk turut sama dalam perlumbaan ini di mana para pelanggan bertuah berpeluang mengambil bahagian dan menyaksikan aksi sukan bermotor itu secara langsung.
Lima orang pelanggan bertuah yang membeli kenderaan Nissan akan dipilih sebagai pemenang. Mereka boleh membawa seorang teman untuk turut sama menikmati perjalanan yang ditanggung sepenuhnya, termasuklah penginapan empat malam di Thailand, tiket-tiket Grandstand dan pengangkutan. Pemenang juga berpeluang berjumpa dengan juara Super GT serta para pemandu pasukan NISMO Super GT iaitu Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli. selain peluang untuk melawat garaj dan litar.
Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Ogos bersama rebat dan penjimatan menarik sehingga RM10,000. Malah, tawaran aksesori hanya RM1 ke atas model-model terpilih juga akan diteruskan.
ETCM juga akan memulakan satu peraduan menulis keterangan gambar, “Passion to Win” selama tiga minggu mulai 1 hingga 18 September 2016 menerusi laman Facebook Nissan Malaysia. Sebanyak tiga pos akan disiarkan sepanjang tempoh peraduan. Kemudian, seorang peserta yang layak dengan keterangan gambar paling kreatif akan dipilih sebagai para pemenang akhir untuk ke Super GT Thailand.
Selain kempen Nismo Motorsport. ETCM turut memberi peluang kepada pelanggan September untuk memenangi seutas jam tangan Edisi Khas TAG Heuer Carrera “NISMO” Calibre 16 Day-Date Chronograph yang bernilai RM19,350. Hadir dalam perumah titanium, jam tangan tersebut didatangkan bersama signatur NISMO berwarna hitam, kelabu dan merah.
Tambahan pula, ETCM juga akan menganjurkan Karnival Pandu Uji Nissan yang akan berlangsung di tarikh dan lokasi berikut:
No Comment