Bentley Ada Ketua Exterior Design Baharu
Bentley Motors hari ini mengumumkan pelantikan John Paul Gregory sebagai Ketua Exterior Design baharunya, bermula serta-merta.
Setelah menghabiskan lebih daripada 8 tahun dengan Bentley, Gregory telah dinaikkan pangkat daripada peranan beliau sebagai Advanced Exterior Design Leader.
Sebelum menyertai Bentley pada tahun 2008, Gregory berkerja selama empat tahun sebagai Exterior Designer untuk Volkswagen di Wolfsburg, berikutan selesainya Ijazah Sarjana Automotive Design di Hochschule Pforzheim University di Jerman. Sebelum ini beliau belajar di negara asalnya UK, mendapat Ijazah Kepujian dalam Transportation Design di University of Northumbria, England.
No Comment