Bersedia Menghadapi Cabaran Pertandingan Pemandu Scania Asia Tenggara 2016-2017
Pertandingan Pemandu Scania (SDC) yang diadakan dua tahun sekali, kini dengan rasminya bermula dan seperti dulu lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelumnya dengan acara dan peraturan yang lebih ketat untuk mebangunkan iktibar para pemandu bas dan trak Scania dan mengasah kemahiran mereka untuk menghadapi permintaan industri pengangkutan komersial yang semakin rumit.
Pertandingan edisi ini digelar SDC Asia Tenggara 2016-17 (SDC-SEA) kerana ia melibatkan penyertaan dari negara-negara Asia Tenggara, merangkumi 10 calon dari Malaysia, 6 dari Singapura, 2 dari Myanmar dan 2 lagi dari Filipina. Myanmar dan Filipina merupakan penyertaan kali pertama dalam SDC-SEA.
Tema yang dipilih ialah ‘Face the Challenge’, dan seperti biasa tumpuan diberikan kepada prestasi pemandu, selaku aset terpenting bagi setiap syarikat trak dan bas, lebih-lebih lagi pemilik syarikat pengangkutan dengan angkatan kenderaan yang besar.
“Selaku pembekal solusi pengangkutan mampan terulung yang mementingkan nilai keberuntungan pelanggan kami, Scania bertungkus lumus untuk meningkatkan darjat kemahiran dan status pemandu dari segi keselamatan memandu, penjimatan bahan api dan sikap mesra alam melalui SDC,” kata Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan Scania Asia Tengara.
Sekali lagi, Michelin Malaysia sudikan diri sebagai Penaja Rasmi pertandingan tersebut. Michelin merupakan pembekal tayar rasmi bagi semua bas dan trak Scania di Malaysia—rakan niaga Scania yang paling cocok dalam menjana prestasi kapasiti berat, penjimatan kos bahan api dan keselamatan memandu.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia (JPJ) dan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bersama-sama memberi pengiktirafan kepada SDC dengan mengambil peranan sebagai Rakan Rasmi.
Kedutaan Sweden, yang selalu memberi sokongan padu, akan turut bekerja kuat sebagai rakan rasmi untuk mempromosikan acara tersebut.
Edisi JBTC SDC-SEA 2016-2017
Seperti juga edisi yang lepas, satu acara SDC kecil-kecilan akan diadakan sebelum acara utama. Acara kecil ini akan berlangsung di Ekspo Bas, Trak dan Komponen Johor pada 12-14 Ogos, 2016 di Danga City Mall, Johor Bahru.
Acara ini dibuka kepada orang awam, dan sesiapa sahaja yang mempunyai lesen memandu biasa dialu-alukan mengambil peluang untuk merasai cabaran yang dihadapi pemandu bas dan trak dalam keadaan terkawal. Tujuannya ialah untuk menimbulkan penghargaan orang awam terhadap kesulitan yang dialami pemandu bas dan trak setiap hari. Peserta SDC-SEA turut dijemput untuk menguji kebolehan sendiri dan melatih sebelum acara utama supaya dapat memenangi hadiah lumayan nanti
Cara Memohon
Terdapat dua peringkat yang harus dilalui – Peringkat Serahan Teori (soalan objektif dan subjektif) dan Peringkat Akhir Amali untuk menentukan johan kategori bas dan trak.
Tempoh permohonan bermula 1 Ogos 2016 dan tarikh tutup ialah 31 Mei 2017.
Calon dikehendaki menjawab soalan tentang undang-undang dan peraturan lalu lintas, bahan api alternative, penjimatan bahan api, risiko pemanduan, langkah-langkah kecemasan, penjagaan kesihatan dan teknik pemuatan.
Peringkat Akhir Amali akan disertai 10 calon dalam senarai pendek, dan mereka akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan sebanyak RM50,000, yang termasuk RM10,000 wang tunai, trofi kejuaraan, dan juga baucar servis bernilai RM5,000 untuk pemilik syarikat pengangkutan yang mengambil bahagian.
Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman Scania Malaysia, dan setelah diisi, boleh diserahkan dalam talian ke smyenquires@scania.com atau secara tangan ke dalam kotak SDC di cawangan Scania Malaysia SDC. Setiap peserta akan diberi kemeja-T SDC percuma.
Acara yang bermula sebagai inisiatif tempatan untuk meningkatkan kemahiran pemandu bas dan trak di Sweden kini telah berkembang menjadi satu gerakan global yang menarik penyertaan 200,000 calon merentasi lebih 50 negara.
No Comment