Berita Auto

Chevrolet Cruze Sport Edition – Masihkah Anda Ingat?

Dilancarkan buat kali pertama pada tahun 2009, Cruze adalah model Chevrolet yang paling berjaya di peringkat global dengan jualan mencecah 1.4 juta unit sehingga suku pertama 2012.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang anda lihat ini adalah Cruze Sport Edition yang dilancarkan di Malaysia pada April 2015 dengan harga menarik RM122,868. Model edisi istimewa ini direka berdasarkan Cruze LT versi facelift yang mula masuk ke pasaran tempatan sejak tahun 2012.

Chevrolet Cruze Sport Edition

Jadi apa yang membezakan model ini dengan Cruze biasa? Dari segi luaran, penampilan sedan ini diperkemaskan lagi dengan kit badan aerodinamik yang merangkumi, skirt sisi, spoiler belakang serta diffuser belakang. Imej yang bertenaga ini dikemaskan lagi dengan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar Silverstone Atlantis V7 serta kemasan pintu LED.

Chevrolet Cruze Sport Edition

Percaya atau tidak, Cruze Sport Edition tidak tertumpu pada rupa luaran sahaja. Mereka yang inginkan pengendalian yang lebih sporty boleh mendapatkan Performance Progressive Coil Springs. Menurut Chevrolet, pengalaman yang ditimba dalam World Touring Car Championship (WTCC), yang dimenangi oleh Cruze pada tahun 2010 dan 2011, telah banyak membantu dalam pembangunan kereta ini.

Chevrolet Cruze Sport Edition

Menjengah ke bahagian dalam, kabin Cruze menampilkan upholsteri kulit premium lengkap dengan sulaman ‘Cruze Sport’ pada tempat duduk hadapan. Pada papan pemukanya terdapat sistem AVN lengkap dengan skrin sesentuh, pemain DVD, Bluetooth, pengstriman audio serta kamera undur. Kawalan juga boleh dilakukan menerusi butang pada roda stereng.

Chevrolet Cruze Sport Edition

Kami sedang menguji model ini untuk jangka masa panjang. Nantikan ulasan kami tentang enjin dan casisnya pada minggu hadapan.

Chevrolet Cruze Sport Edition

 

 

Previous post

BMW 330e Plug-in Hybrid Tiba di Pasaran Malaysia - RM248,800

Next post

Koleos SUV - Reka Bentuk dan Gaya Mewah Renault

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *