Berita Auto

Daihatsu Pamer Sigra MPV 7 Tempat Duduk di GIIAS

Astra Daihatsu Motor (ADM) yang merupakan anak syarikat milik Daihatsu Motor Co. Ltd. di Indonesia, akan mempamerkan model terbaru mereka iaitu Sigra bersama-sama dengan beberapa kenderaan mini dan konsep di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016 (GIIAS2016) yang sedang berlangsung di Jakarta sehingga 21 Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sigra adalah MPV segmen A dengan tujuh tempat duduk yang dibangunkan hasil dari kepakaran Daihatsu dalam bidang kenderaan mini. Ia juga direka khas dengan ruang bagasi yang besar untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Ini adalah produk kedua Daihatsu yang patuh polisi Low-Cost Green Car di negara itu.

Daihatsu-Hinata-Concept-1

Selain itu, kereta-kereta konsep yang bakal ditunjukkan adalah Tempo, Hinata (kedua-duanya pernah ditayangkan di Tokyo pada 2015) dan kereta offroad Cast Activa. Kenderaan-kenderaan mini yang menyertai GIIAS2016 pula termasuk Copen Cero dan Cast Sport.

daihatsu_copen_cero

Dengan tema ‘Sahabatku’ dan rekaan ruang pameran berkonsepkan ‘Funtastic Experience’, ADM cuba menyampaikan mesej tentang pembangunan produk tempatan yang memenuhi keperluan rakyat Indonesia, dan inisiatif penyetempatannya.

Previous post

Kelebihan Toyota Camry Sedan Eksekutif Paling Popular DiMalaysia

Next post

INFINITI VC-T: Enjin Nisbah Mampatan Pemboleh Ubah (Variable Compression-Turbocharged) Yang Pertama Di Dunia Sedia Untuk Pengeluaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *