ETCM Panggil Balik Kenderaan Nissan Terlibat Dengan Isu Beg Udara Takata dan ‘Back Door Stay’
Berikutan pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Nissan Motor Co. Ltd untuk inflator beg udara Takata dan ‘back door stay’ yang melibatkan kenderaan Nissan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bersama dengan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS), telah melancarkan kempen panggilan semula (recall) bagi memaklumkan kepada pelanggan dan penggantian alat ganti bagi kenderaan yang terbabit.
a) Inflator Beg Udara Takata
Selepas penyiasatan, sebanyak 110,945 unit kenderaan Nissan yang terbabit dengan inflator beg udara Takata, termasuk kempen sebelumnya, seperti yang dinyatakan berikut:
Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan model Teana (L33), X-Trail (T32) dan NP300 Navara baharu yang dilancarkan ke pasaran tempatan masing-masing pada bulan Jun 2014, Januari 2015 dan November 2015, serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.
b) Back Door Stay
ETCM dan TCEAS juga telah dimaklumkan oleh Nissan Motor Co. Ltd tentang ‘back door stay’ yang melibatkan sebanyak 22,173 unit kenderaan Nissan seperti yang dinyatakan berikut:
Lapisan cat yang digunakan pada pintu belakang kenderaan tidak mematuhi keperluan reka bentuk untuk rawatan anti-karat. Hasilnya, silinder tiub bagi bahagian tersebut boleh mengakis, menyebabkan kebocoran gas pada silinder. Dalam jangka masa panjang, ‘back door stay’ mungkin menjadi lemah serta melumpuhkan fungsi pintu belakang. Penggantian akan dijalankan sekiranya alat ganti sedia ada pada bulan September 2016.
Para pemilik Nissan kenderaan yang terbabit akan dimaklumkan secara terus dan surat melalui TCEAS. Pemilik yang menerima surat ini dinasihatkan menghubungi outlet TCEAS yang terdekat untuk temujanji.
Para pelanggan boleh menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan Nissan atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’, diikuti dengan ‘Recall Campaign’) untuk maklumat lanjut.
Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma.
ETCM menyatakan keyakinan dan ketenangan minda para pelanggan adalah amat penting buatnya. ETCM juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terpaksa dilalui oleh para pelanggannya. ETCM dan Nissan komited untuk menawarkan servis, keselamatan dan tahap kepuasan yang paling tinggi kepada pelanggan. Maka, kedua-dua syarikat sedang bekerjasama untuk menangani isu ini dengan segera.
No Comment