Harga Volvo XC60, V40 Kini Lebih Murah Dengan Status EEV
Volvo Car Malaysia telah mengumumkan pengesahan status Energy-Efficient Vehicle (EEV) bagi tiga modelnya yang dilengkapi dengan teknologi Drive-E iaitu XC60 T5, XC60 T6 dan V40 T5.
Dengan adanya insentif kerajaan, ketiga-tiga model tersebut akan dijual dengan harga yang lebih murah dari sebelum ini. Berikut adalah perbandingan harga runcit termasuk GST (harga atas jalan tanpa insurans) sebelum dan selepas diberikan insentif:
Harga yang tertera akan berkuatkuasa bermula 12 Ogos ini.
Memberi insentif EEV adalah salah sebahagian dari Dasar Automotif Nasional (NAP) yang bertujuan menggalakkan penubuhan Malaysia sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga.
No Comment