Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Terbaharu Dilancar – Harga dari RM31,363
Setelah tiga tahun berada dalam pasaran Malaysia, trio Honda 500 iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X telah menerima beberapa penambahbaikan termasuk lampu hadapan dan belakang LED rekaan terbaru.
Motosikal-motosikal ‘middleweight’ itu juga dilengkapi dengan sepit udang boleh laras, tuil brek baharu dengan lima tahap pelarasan, dan juga muffler ekzos baharu (CBR500R dan CB500F sahaja). Tambahan pula, kapasiti tangki minyak juga meningkat dari 15.7 liter ke 16.7 liter untuk CBR500R dan CB500F, manakala model CB500X mempunyai tangki sebesar 17.5 liter.
Ketiga-tiga model ini dikuasakan enjin ‘parallel twin’ sebesar 471cc yang menghasilkan kuasa sebanyak 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 44 Nm tork pada 7,000 rpm.
Berkenaan dengan warna, model CBR500R ditawarkan dalam warna merah, hitam atau ‘tricolour’, CB500F dalam warna putih, manakala CB500X dalam warna merah. hitam atau putih. Harga pengenalan (termasuk GST) bagi ketiga-tiga model ditunjukkan di dalam jadual berikut:
Siri Honda 500 ini didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 km.
No Comment