Ini Dia MV Agusta F4Z
MZ Agusta F4Z yang digembar-gemburkan sebelum ini telah pun didedahkan, iaitu seminggu lebih awal daripada tarikh debut rasminya. Model edisi istimewa itu dibangunkan oleh syarikat pembuat motosikal Itali itu bersama dengan firma reka bentuk yang tidak asing dalam dunia permotoran iaitu Zagato.
Seperti yang dijangka, F4Z menggunakan model F4 sebagai platform. Tidak dapat dipastikan jika enjinnya ditala untuk lebih kuasa, namun dalam versi standard, F4 mendapat 195 hp dan 110.8 Nm tork dari enjin 998 cc empat silindernya.
Seperti rekaan Zagato yang lain, F4Z menampilkan gaya retro yang dimodenkan. Perubahan paling ketara terletak pada bahagian hadapan, di mana lampu berbentuk berlian F4 digantikan dengan lampu bulat. Keseluruhan bahagian belakangnya pula menampilkan rekaan kemas yang disudahi dengan warna merah.
Motosikal itu akan membuat penampilan rasminya pada 4 September ini di Paris.
No Comment