Berita Auto

JPLogistics Memperbesarkan Armada ‘Prime Mover’ Dengan Volvo Trucks

Trak-trak tersebut akan digunakan untuk mengangkut gas asli termampat sepanjang pesisiran Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Volvo Trucks Malaysia, penyedia penyelesaian pengangkutan menyeluruh, baru-baru ini menyerahkan empat unit trak Volvo FM440 kepada JPLogistics.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

JPLogistics, sebuah anak syarikat milik Johor Port Berhad dan ahli Kumpulan MMC, ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah menggunakan trak Volvo sejak tahun 2006. Syarikat tersebut berurusan dengan pelbagai jenis kemudahan dan kepakaran untuk memenuhi keperluan pengangkutan dan penghantaran badan-badan komersil.

“Kami memperolehi trak ‘prime mover’ Volvo FM440 I 6×2 TRAS untuk memudahkan pengangkutan gas asli termampat (CNG) oleh Gas Malaysia Berhad dan IEV Energy Sdn Bhd (GMIEV) di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. Dengan ini kami memiliki 69 unit trak Volvo di dalam armada kami,” kata Nazry bin Yahya, Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat, JPLogistics. “Selain kebolehpercayaan dan keselamatan trak, perkhidmatan pasca-jualan Volvo juga sangat bagus. Mereka efisyen dan menawarkan maklum balas yang pantas kepada keperluan kami. Dengan alat ganti tulen, tenaga kerja yang sangat terlatih dan tempoh masa kerja yang singkat, kami tahu keperluan trak-trak kami diurus dengan baik,” tambah beliau. Pembelian trak Volvo FM440 didatangkan dengan latihan pemandu dan perkhidmatan penyelenggaraan 24-jam.

01

Upacara penyerahan diadakan di Wisma JPLogistics, Pasir Gudang dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi JPLogistics, En Md Zulnorrain Bin Buang @ MD Yassin dan Timbalan Presiden Jualan & Logistik Volvo Trucks Malaysia, En Jerome Wong.

“Diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada 2014, model FM merupakan sebahagian dari rangkaian kenderaan komersil tugas berat premium Volvo Trucks. Dipasarkan sebagai sebuah model versatil yang sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi, model FM menawarkan pemanduan bertaraf dunia, kos operasi yang tiada tandingan dan aspek keselamatan hebat dalam pelbagai konfigurasi untuk memenuhi keperluan perniagaan. Kami berterima kasih kepada JPLogistics untuk keyakinan berterusan mereka pada trak-trak kami,” kata Jerome Wong, Timbalan Presiden, Jualan & Logistik, Volvo Trucks Malaysia.

Buat masa ini, Volvo Trucks memiliki rangkaian 11 outlet jualan dan pasca-jualan di seluruh Malaysia, lima di Semananjung Malaysia dan enam di Malaysia Timur.

02

Previous post

Porsche 718 Boxster Dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM480,000

Next post

H.R. Owen Buka Bilik Pameran Bugatti di London

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *