Berita Auto

Kelebihan Toyota Camry Sedan Eksekutif Paling Popular DiMalaysia

Dipasang di Malaysia dalam tiga varian – Toyota Camry 2.5V, Toyota Camry 2.0G, dan Toyota Camry 2.0E. Pelanggan boleh memilih daripada empat warna luaran: Attitude Black, Silver Metallic, Medium Silver Metallic dan White Pearl CS.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Toyota tidak pernah berkompromi dengan keselamatan. Struktur badan tegar,  penggantungan depan yang disemak semula, penggantungan belakang dan aerodinamik direka semula semua membantu memperkukuhkan generasi semasa Camry dengan kestabilan garis lurus yang lebih baik. Struktur badan direka untuk membantu menyerap daya perlanggaran berimpak dan membantu mengurangkan kesan deformasi ke kabin penumpang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keluli kekuatan tinggi digunakan untuk B-pillar dan rocker panel membantu menguruskan keseluruhan deformasi badan sekiranya berlaku perlanggaran sipi tertentu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bingkai kerusi juga direka untuk membantu menyerap beban perlanggaran sipi. Struktur dalaman hud dan pembinaan depan sipi direka untuk membantu mengurangkan kecederaan pejalan kaki dalam perlanggaran.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk Camry baru, Vehicle Stability Control (VSC), yang merangkumi Traction Control (TRC), kini termasuk dalam 2.5V dan 2.0G, menyediakan pemandu dengan peningkatan Active Safety.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sistem yang canggih telah dibangunkan oleh Toyota dan mengesan wheelspin semasa mengambil konar kelajuan tinggi atau konar pada permukaan licin, satu keadaan yang boleh menyebabkan kereta terbabas di luar kawalan dan mungkin kemalangan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setiap kali apa-apa keadaan (oversteer atau understeer) dikesan, sistem menggunakan jumlah kuasa brek yang sesuai pada roda tertentu dan juga dimasa yang sama mengurangkan kuasa enjin untuk membolehkan kestabilan dan cengkaman ditawan kembali.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ibubapa juga akan sukakan Camry terkini (semua varian) kerana ianya mempunyai mata lampiran ISOFIX di bahagian belakang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dengan mata lampiran ini, kerusi kanak-kanak yang serasi boleh dipasang dengan mudah dan selamat di tempat duduk belakang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Previous post

Penjelasan Yang Hebat Mengenai Cara Ford Mustang V8 5-liter Memenuhi Piawaian Pelepasan

Next post

Daihatsu Pamer Sigra MPV 7 Tempat Duduk di GIIAS

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *