Kempen ‘Renault Fluence It’s A Big Deal’ Tawar Sedan Segmen C Pada Harga Segmen B
TC Euro Cars hari ini mengumumkan permulaan kempen ‘Renault Fluence It’s a Big Deal’ yang menawarkan kenderaan segmen C pada harga segmen B.
Melalui kempen baharu ini, TCEC melanjutkan tawaran harga promosi Renault Fluence iaitu RM79,888 (harga atas termasuk GST, tidak termasuk insurans) untuk unit pameran 2016 dan varian terpilih.
Sedan empat pintu itu menggunakan khidmat enjin petrol 2.0 liter yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT X-Tronic. Ia menghasilkan kuasa sebanyak 143 PS pada 6,000 rpm dan 195 Nm tork pada 3,750 rpm.
Fluence juga dilengkapi dengan pelbagai kemudah seperti sistem media Renault R-LINK, skrin tujuh inci, USB, Bluetooth dan sebagainya. Ciri-ciri keselamatan yang disediakan termasuk ABS dengan EBD dan EBA, sistem stabiliti elektronik dan ASR iaitu ‘Traction Control’.
Renault Fluence didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.
No Comment