Kereta Tanpa Pemandu Menjelang 2020? Kata Bosch, Mungkin Tidak!
Robert Bosch meramalkan bahawa separuh daripada semua kereta baharu yang dijual di Eropah akan mempunyai beberapa tahap sambungan menjelang 2020. Pembekal terbesar di dunia menjangka mempunyai bahagian besar perniagaan ini. Bosch menyediakan peti komunikasi, connectivity control units(CCUs) yang disepadukan dalam kereta.
CCUs membolehkan eCall, fungsi panggilan kecemasan yang mandatori dalam EU untuk semua jenis kereta dan trak ringan baharu sehingga 3.5 tan metrik. Di samping itu, Bosch menyediakan sensor dan perisian untuk mengumpul dan menilai data.
Beberapa pembuat kereta, termasuk Google, Apple atau Ford, sudah mempunyai kereta autonomi penuh mereka di jalanraya untuk menguji keadaan sebenar. Walaupun mereka semua mengatakan bahawa kereta akan mula dikeluarkan pada tahun 2020, Bosch difikirkan mungkin tidak.
Gerhard Steiger adalah Presiden Bahagian Kawalan Chassis System Bosch dan dia baru-baru ini telah menyatakan bahawa kita pasti tidak akan melihat kereta tanpa pemandu di jalan-jalan kita dalam beberapa tahun ini. Beliau meramalkan bahawa pada tahun 2020 kereta hanya akan dapat bertukar lorong tanpa bantuan dan keupayaan memandu penuh tidak akan siap sehingga 2025.
Jadi nampaknya kita akan masih menguasai kereta kita dan akan terus menikmati pemanduan.
No Comment