Berita Auto

Koenigsegg Agera XS Bakal Muncul di Montery Car Week

Monterey Car Week ialah satu pertunjukkan kereta mewah yang diadakan setiap Ogos di Monterey, California. Tahun ini, Koenigsegg bakal membuat kejutan dengan mempamerkan sebuah Agera XS, yang sebenarnya berasal dari model Agera RS tapi telah diubahsuai khas untuk penggunaan jalan raya di US.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta yang sudah pun mempunyai pemilik ini didatangkan dalam warna oren khas yang dipanggil “Karosserie Orange” dengan efek metalik yang dipadankan dengan panel gentian karbon untuk penampilan yang lebih menyerlah. Sayap belakangnya yang juga dibuat dari gentian karbon adalah yang terbesar pernah dihasilkan syarikat itu.

agera-xs-1-1

Kabin Agera XS turut menampilkan tema warna hitam dan oren, serta gabungan Alcantara dan gentian karbon. Antara ciri-ciri yang disertakan adalah beg udara pintar, sistem kawalan iklim, sistem hidraulik dan juga sistem infotainmen Apple CarPlay.

agera-xs-4-1

Apa yang tersimpan di belakang ruang kabin adalah sebuah enjin 5.0 liter V8 twin-turbo yang menghasilkan 1,160 hp. Dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan, Agera XS hanya memerlukan 14 saat untuk memecut dari 0 hingga 300 km/j. Ia mampu mencapai kelajuan lebih dari 400 km/j enam saat kemudian.

agera-xs-6-1

Selain Agera XS, Koenigsegg juga akan menayangkan model Regera di pertunjukan tersebut. Regera ialah sebuah hypercar hybrid yang mempunyai kotak gear satu kelajuan dan kuasa sebanyak 1,500 hp.

Previous post

Kereta Tanpa Pemandu Menjelang 2020? Kata Bosch, Mungkin Tidak!

Next post

Volvo Cars Perkukuh Focus di Pasaran Sweden

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *