Berita Auto

Koleos SUV – Reka Bentuk dan Gaya Mewah Renault

Reka bentuk luaran yang berkuasa dan atletik

Koleos serba baharu merupakan sebuah SUV yang padat dengan gaya dan kemampuan yang dikaitkan dengan segmen tersebut.

Selari dengan strategi reka bentuk Renault yang diperkenalkan oleh Laurens van den Acker, Koleos serba baharu tampil dengan rekaan ‘EXPLORE,’ yang bermaksud kelasakan dan keinginan untuk mengembara. Kualiti-kualiti inilah yang mencetuskan inspirasi kepada pasukan pereka bentuk Renault untuk memberikan Koleos garis-garis yang berkuasa dan maskular. Koleos menyerlahkan gaya rekaan SUV klasik: pelindung pintu, tayar berdiameter lebar dan bar bumbung aluminium.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Warna badan dan rekaan roda yang bergaya dipilih untuk Koleos serba baharu untuk menyerlahkan sisi elegannya:

  • Empat warna: putih (Universal White), kelabu metalik (Grey Metallic), hitam metalik (Black Metallic) dan biru (Meissen Blue)
  • Reka bentuk roda: 18 inci Argonaute aloi

Ruang dalaman yang memberi perlindungan

Renault Koleos

Gen SUV Koleos serba baharu sama hebatnya pada ruang kabin. Ruang dalaman yang selesa, berkuliti, kukuh dan elegan nyata harmoni dengan garis luaran model ini. Posisi tempat duduk yang ditinggikan menawarkan pandangan lebih jelas.

Papan pemuka yang tinggi dan lebar membuatkan pemandu serta penumpang rasa selamat dan dilindungi. Pemegang tangan pada kedua-dua belah sisi konsol tengah jelas selari dengan penggunaan di laluan off-road, selain memberikan ruang dalaman ini rasa yang lebih sporty.

Diinspirasikan oleh rangkaian model Renault yang lebih mewah

Gayaan yang sama dengan Talisman – model saloon keluarga bersaiz besar baharu Renault – dapat dilihat dengan jelas bersama alasan yang betul. Bahagian luar kedua-dua buah kenderaan ini direka secara selari.

Hasilnya, Koleos pantas dapat dikenal pasti sebagai model utama Renault. Terima kasih kepada reka bentuk hadapan yang menyerlahkan logo Renault pada bahagian tengah gril berwarna krom.

Renault Koleos

Garis pada bonet menunjukkan reka bentuk kenderaan yang penuh kuasa. Impresi itu ditingkatkan lagi menerusi kehadiran beberapa kemasan krom. Ini termasuklah jalur yang bermula dari lampu utama sehingga ke bahagian sayap. Ia membuatkan bahagian hadapan nampak panjang, selain memberi impresi yang dinamik dan elegan. Unik dalam segmennya, ciri ini jelas membezakan Koleos serba baharu daripada SUV lain.

Tapak roda sepanjang 2,705mm – panjang keseluruhan kenderaan 4,672mm – disifatkan sebagai yang paling panjang dalam kelasnya. Ini membolehkan Koleos serba baharu menawarkan ruang dalaman yang luas dan memposisikan dirinya sebagai SUV segmen D.

Pada bahagian belakang, gaya trademark Renault dapat dilihat dengan jelas. Lampu horizontal memberi impresi yang lebar (1,843mm) dan membuatkan mata mahu melihat ke arah logo Renault yang terletak di tengah-tengah. Kemasan krom pada bahagian bawah bampar belakang menyerlahkan bentuk ekzos berkembar. Perincian ini menyempurnakan lagi reka bentuk luaran Koleos serba baharu secara keseluruhannya.

Lampu LED sepenuhnya untuk model-model terkini Renault

Renault Koleos

Reka bentuk keseluruhan model ini yang mantap diteruskan pada lampu hadapan dan belakang:

  • Lampu signatur Koleos serba baharu mengingatkan kepada model-model terbaharu Renault
  • Lampu utama LED sepenuhnya Pure Vision adalah 20 peratus lebih berkuasa berbanding lampu halogen untuk menawarkan pandangan pada waktu malam yang lebih jelas
  • Lampu Nyalaan Siang (DRL) memberikan penampilan yang unik dan garang
  • Lampu belakang LED dan sentiasa menyala menampilkan teknologi Edge Light, ia mampu menjana kesan 3D yang terang dan jelas

Kini dibuka untuk tempahan

TC Euro Cars (TCEC), pengedar tunggal kenderaan Renault di Malaysia telah membuka tempahan untuk Koleos serba baharu.

Renault Koleos

Dijangka dilancarkan pada September, harga pengenalan Koleos ialah RM172,800 di Semenanjung Malaysia dan RM116,800 di Langkawi (di atas jalan dan GST, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran peribadi sahaja).

Previous post

Chevrolet Cruze Sport Edition - Masihkah Anda Ingat?

Next post

Subaru Buka Pusat 4S Pertama di Cheras

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *