Gaya Hidup / Lifestyle

Lamborghini Huracan GT3 Bukti Ketahanan di Spa-Francorchamps

Perlumbaan 24 jam di litar Spa-Francorchamps dalam kejohanan Blancpain GT Endurance adalah salah satu perlumbaan yang paling sukar dalam arena sukan bermotor. Tidak seperti acara Le Mans atau Daytona, ia adalah satu-satunya perlumbaan 24 jam yang disertai oleh satu kelas kereta sahaja iaitu GT3.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perlumbaan 24 Hours of Spa baru-baru ini adalah edisi yang ke-64 setelah ia mula diperkenalkan pada 1924. Sebanyak 11 unit Lamborghini Huracan GT3 didaftarkan oleh tujuh pasukan pelanggan, yang kebanyakkannya terdiri dari ‘first timer’ seperti Antonelli Motorsport dan Ombra Racing dari Itali.

Selepas berlumba selama 24 jam, 531 pusingan dengan jarak melebihi 3,700 km, kesemua 11 Lamborghini berjaya menghabiskan perlumbaan tanpa sebarang masalah teknikal, membuktikan ketahanan kereta itu di peringkat sukan bermotor  antarabangsa.

Blancpain GT Endurance 01

Untuk gambaran yang lebih jelas, bayangkan 63% dari setiap pusingan di litar Belgium itu boleh digunakan untuk pecutan penuh. Ini bermakna setiap enjin 5.2 liter V8 yang digunakan dalam perlumbaan itu bekerja di tahap maksimum sepanjang 4,412 meter (dari keseluruhan 7,004 meter) dalam setiap pusingan, atau 2,342 km secara keseluruhan. Ia lebih jauh berbanding jarak perjalan ulang-alik dari Sant’Agata Bolognese (tempat kelahiran Lamborghini) ke litar itu.

Secara keseluruhan, kesemua 11 enjin mencatat lebih 40,000 km, dengan kelajuan purata 193 kmj, tanpa sebarang masalah teknikal.

Blancpain GT Endurance 04

Sama juga dengan kotak gear berjujukan (sequential) enam kelajuan yang digunakan. Ia menukar gear 35 kali (18 naik, 17 turun) dalam setiap pusingan. Dengan lebih lima ratus pusingan, setiap kotak gear mengalami pertukaran gear sebanyak 18,500 kali, dan jika didarab dengan jumlah keseluruhan, 204,000 kali. Sekali lagi, tiada kesukaran timbul sepanjang perlumbaan.

Struktur badan juga bebas dari sebarang masalah, walaupun dipaksa bekerja keras di litar yang mempunyai 20 selekoh beberapa perubahan ketinggian itu. Ketika melalui selekoh berkembar di Eau Rouge/Radillon, mampatan mencapai tahap pecutan sisi maksimum iaitu 3.5g. Ketika membrek dari kelajuan 265 km/j, tekanan brek nyahpecutan mencapai 2.5g.

Blancpain GT Endurance 03

Previous post

Perodua Lengkapi Pembinaan Masjid dan Laksanakan Solat Jumaat Pertama

Next post

Bilakah Saya Perlu Membawa Kenderaan Saya Untuk Wheel Alignment?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *