Gaya Hidup / Lifestyle

Lamborghini Huracan GT3 Raih Kemenangan IMSA Pertama

Mendominasi sesi latihan bebas, mendapat kedudukan pertama dalam sesi kelayakan dengan catatan rekod litar dan kemenangan setelah mendahului perlumbaan dari mula hingga akhir selama 2 jam 40 minit.

Itu adalah sedikit ringkasan berkenaan prestasi pasukan Paul Miller Racing yang meletakkan Lamborghini Huracan GT3 #48 di kejohanan IMSA WeatherTech SportsCar yang berlangsung di VIRginia International Raceway baru-baru ini. Pasukan itu berjaya mendapat kemenangannya yang pertama dalam kelas GT Daytona.

Litar sepanjang 5.24 km itu seakan begitu sesuai dengan ciri Huracan GT3. Semasa sesi latihan, masa terbaik kelas GTD dicatatkan oleh pemandu dari Lamborghini Squadra Corse GT3 Junior Program iaitu Corey Lewis yang memandu Lamborghini #16 dari pasukan Change Racing.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Semasa sesi kelayakan pula, giliran Madison Snow dari Paul Miller Racing untuk mencatat masa terpantas iaitu 1’44″956. Pemandu berusia 21 tahun itu juga merupakan peserta Lamborghini Squadra Corse GT3 Junior Program.

Bermula dari petak pertama, Snow menjadi pendahulu bahagian pertama perlumbaan dengan pemanduan baik selama satu jam. Dengan kelajuan yang konsisten, beliau berjaya menjarakkan kedudukan dengan pesaing terdekatnya dari Stevenson Motorsport dan Magnus Racing yang memandu Audi R8 LMS GT3.

Rakan pasukan Snow iaitu Bryan Sellers mengambil alih tugas memandu untuk sejam yang terakhir. Beliau berjaya mempertahankan kedudukan walaupun diasak hebat, sekaligus meraih kemenangan pertama dalam kejohanan itu.

 

 

Previous post

Lotus Elise 250 Special Edition - 50 Unit Sahaja

Next post

Pandu Uji Ringkas BMW 330e Plug-in Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *