Berita Auto

Perodua Serah Bezza ke-10,000, Terima 25,000 Tempahan

Perodua telah menyerahkan 10,000 unit Bezza sejak pelancaran model sedan EEV itu pada 21 Julai lalu. Kereta yang ke-10,000 itu diserahkan kepada pemiliknya, Zetty Aswani Fazwin Mahrol Puthil, 28, dari Shah Alam dalam satu majlis ringkas yang disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat itu juga telah menerima lebih 25,000 tempahan untuk Bezza sejak tempahannya dibuka pada 16 Julai.

“Kami berterima kasih kepada Puan Zetty kerana memilih Perodua dan Bezza sebagai jenama dan kereta pilihan. Kami sedang berusaha untuk memastikan penghantaran tepat pada masanya bagi semua model kepada pelanggan-pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin.

EMY_0135

Untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual 112,500 unit kenderaan, yang menyumbang kira-kira 35.4 % daripada jumlah keseluruhan industri iaitu 317,900 unit.

“Untuk bulan Julai, kami menyerahkan lebih dari 2,600 Bezza dalam tempoh 10 hari selepas ia dilancarkan. Setakat ini pada bulan Ogos, kami telah menyerahkan 7,400 unit dan kami akan memaksimumkan penghantaran untuk kemudahan para pelanggan,” Zahari berkata.

 

Previous post

Ford Malaysia Raikan ‘Truck Month’ dengan Kempen Istimewa

Next post

BMW Group Malaysia lanjutkan program Safety 360° di Krista Education

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *