Promosi ‘Fuyoo’ Triumph Malaysia Tawar Nilai Hebat untuk Street Triple R dan Tiger 800
Fast Bikes Sdn Bhd telah memulakan kempen promosi ‘Fuyoo’ yang akan berlangsung selama dua bulan untuk model Triumph Street Triple R dan Triumph Tiger 800 (XRx dan XCx, termasuk varian Low Ride Height).
Kedua-dua model tersebut ditawarkan dengan rebat tunai, baucar kredit kedai serta aksesori pada harga istimewa untuk mana-mana pendaftaran yang dibuat sebelum 30 September 2016.
Untuk tempoh masa yang terhad, Street Triple R ditawarkan dengan rebat tunai RM3,000, kredit kedai RM2,000 serta insurans dan cukai jalan percuma selama setahun. Bag tangki minyak juga akan diberi secara percuma.
Tambahan pula, Triumph Malaysia juga menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk kesemua aksesori Street Triple R yang dibeli sebelum penghantaran dibuat.
Untuk mereka yang lebih ‘adventure’, promosi ‘Fuyoo’ Triumph Malaysia menawarkan pannier sisi aluminium serta bracket pada harga RM1,000 (harga biasa RM4,800) untuk pelanggan yang membeli mana-mana varian Tiger 800 semasa tempoh kempen.
Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan kredit kedai sebanyak RM2,000 dan jaket Adventure Triumph Trek.
Pada masa yang sama, Fast Bikes menawarkan Tiger 800 XR pada harga pengenalan iaitu RM59,900 (atas jalan termasuk GST). Didatangkan dengan ABS, Tiger 800 XR adalah sebuah jentera versatil yang boleh digunakan samada sebagai kenderaan harian atau untuk aktiviti ‘off-road’. Seperti model Tiger 800 XRx dan XCx, ia dikuasakan enjin tiga silinder berkapasiti 799 cc.
No Comment