Berita Auto

Proton Persona Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan

Proton hari ini mengumumkan Persona serba baharu yang akan dilancarkan pada 23 Ogos 2016, kini dibuka untuk tempahan dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM300.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setanding dengan model-model keluaran terbaharu Proton, Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan. Dengan penarafan 5-bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan (traction control), Hill-hold Assist, ISOFIX dan ‘top tether’, Bantuan Brek, Sistem ABS serta enam beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk pemandu dan penumpang.

Persona open for booking

Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Persona baharu ini merupakan model generasi ke-2 yang bertemakan “sporty dan eksekutif”. Ia dikuasakan oleh enjin 1.6 liter VVT untuk penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan merupakan kereta Proton pertama yang mempunyai indikator bagi bantuan pemanduan Eco.

Pada masa yang sama, Proton Persona baharu mempunyai bahagian interior yang luas, serta tempat duduk dan susun atur konsol yang ergonomik, menjadikan perjalanan lebih selesa. Ia juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruang kabin penumpang.

Persona Air-Bags-600x400

Selain itu, terdapat juga lampu bergaya dengan pencahayaan pintar, aksesori di bahagian belakang, sensor pada sekeliling kereta, rim aloi 15 inci serta lampu depan berelektrik boleh diubah aras. Semua ciri ini menjadikan Persona lebih diperhalusi, kemas dan memberi lebih nilai untuk wang dari sebelum ini.

Harga indikatif bagi Proton Persona baharu adalah dari RM47,000 hingga RM61,000 di Semenanjung Malaysia dan dari RM49,000 sehingga RM63,000 di Timur Malaysia. Ia didatangkan dengan tiga varian – Standard, Executive dan Premium (dengan dan tanpa bodykit), dalam enam warna pilihan – Cotton White, Fire Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Quartz Black dan warna terbaharu, Carnelian Brown.

Persona VVT-Engine-600x401

“Demi menjadikan pelancaran Proton Persona baharu ini lebih bermakna kepada pengguna Persona dan seiring dengan bulan Kemerdekaan dan hari Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan kos pekerja) untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016, ” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Previous post

Kenyataan Uber Malaysia Tentang Pengiktirafan Ridesharing di Malaysia

Next post

Siri GT Asia Sedia Untuk Musim 2017 Dengan Sokongan Pasukan-pasukan Bertanding

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *