Berita Auto

Renault Fluence Formula Edition Dilancarkan – RM126,888

Para pembeli kereta sedan yang ingin tampil lebih menonjol kini mempunyai pilihan untuk memiliki sebuah Renault Fluence Formula Edition yang istimewa. Model tersebut ditawarkan oleh TC Euro Cars (TCEC), iaitu pemegang francais Renault di Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menampilkan estetika luaran dan dalaman yang menyerlah, Renault Fluence edisi terhad itu ditawarkan sempena keputusan Renault untuk kembali bersaing dalam perlumbaan F1 sebagai sebuah pasukan penuh dan dijangka beraksi pada acara Malaysian Grand Prix 2016.

Komponen khas pada bahagian luar termasuklah lima keping body kit, pelekat berwarna biru dan merah yang istimewa, peredam serta rim aloi berwarna dua tona hitam. Berbeza dengan rim dua tona berwarna perak pada versi standard.

Sementara itu, ruang kabin Fluence edisi istimewa ini menampilkan kemasan hitam berkilat dan tempat duduk kulit berwarna merah manggis (maroon) yang menggantikan warna hitam.

Di bawah hudnya, Fluence Formula Edition dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik CVT X-Tronic. Ia mampu menjana kuasa maksimum 143 PS @ 6,000 rpm dan tork 195 Nm @ 3,750 rpm.

Spesifikasi utama Renault Fluence termasuklah:

  • Sistem multimedia Renault R-LINK dan paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama navigasi binaan dalam
  • Ketersambungan USB dan kit Bluetooth bebas tangan bersama ciri pemain semula muzik
  • Kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, dengan ciri kunci automatik sebaik sahaja pemandu berlalu pergi
  • Kawalan suhu automatik dan corong pendingin hawa di belakang
  • ESP (Electronic Stability Program) dengan ASR (kawalan cengkaman)
  • Enam beg udara (hadapan, sisi dan jenis curtain)
  • Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada kerusi belakang
  • Kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan
  • Tali pinggang keledar 3 poin yang boleh dilaras ketinggiannya dengan ciri pra-regangan
  • Pintu akan dikunci secara automatik apabila kenderaan bergerak pada kelajuan 10km/j dan ke atas
  • Ruang but 530 liter – antara yang paling besar dalam kelasnya – boleh ditingkatkan dengan tempat duduk belakang berkonfigurasi 60:40.

Renault Fluence Formula Edition_1

Ia juga hadir bersama jaminan pengeluar dengan jarak perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka, terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan itu tamat.

Renault Fluence Formula Edition ditawarkan pada harga RM126,688 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja). Dua pilihan warna diberikan – hitam metalik atau putih mutiara.

Para pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak penjimatan dan pengalaman yang menyenangkan melalui pakej ‘5inFluence’. Selain daripada jaminan pengeluar selama lima tahun, pakej tersebut turut merangkumi:

  • Penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km mana-mana tiba dahulu
  • Jaminan alat ganti tulen selama setahun
  • Perkhidmatan ambil untuk setiap servis berjadual secara percuma
  • Penyelesaian Mobiliti 24 jam yang menawarkan sebuah kereta gantian apabila Fluence anda terpaksa berada di pusat servis lebih dari 48 jam
Previous post

Nissan Navara Sekarang Menggunakan Enjin Euro 6 di Eropah

Next post

Stok Pengepam Beg Udara Bahagian Pemandu Buatan Takata Pada Tahap 100% - Honda Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *