Renault Koleos Baharu Bakal Tiba, Kini Dibuka Untuk Tempahan
TC Euro Cars (TCEC), pengedar tunggal kenderaan Renault di Malaysia telah membuka tempahan untuk Koleos serba baharu – SUV utama yang terkini daripada Renault.
Dijangka dilancarkan pada September, harga pengenalan Renault Koleos serba baharu ialah RM172,800 di Semenanjung Malaysia dan RM116,800 di Langkawi (di atas jalan dan GST, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran peribadi sahaja).
Penambahan terkini ke dalam segmen SUV ini menampilkan falsafah rekaan baharu Renault yang menyerlahkan penampilan, kualiti dan cirri-ciri sebuah SUV bersaiz besar.
Di sebalik gabungan rekaan SUV yang mantap, Renault Koleos serba baharu turut menawarkan aspek kualiti buatan yang halus, keselesaan dan cirri-ciri premium yang biasanya ditawarkan oleh kereta salon bersaiz besar.
Cirri utama bahagian luaran dan dalaman Renault Koleos serba baharu termasuklah:
- Garis luaran yang berkuasa dan maskular
- Lampu utama Pure Vision LED Sepenuhnya dengan lampu nyalaan siang berbentuk C
- Rim aloi premium bersaiz 18 inci
- Ruang kabin yang halus buatannya dan selesa. Rekaan, tempat duduk dan dimensi antara yang terbaik dalam segmennya
- Ruang dalaman yang mendahului kelasnya. Bahagian kaki penumpang belakang yang luas untuk keselesaan maksimum
- Komponen yang dikongsi dengan model-model mewah Renault seperti sistem infotainmen R-LINK 2
- Instrumen paparan menerusi skirn warna TFT bersaiz 7 inci dan lampu ambien. Kedua-duanya boleh diubah suai menggunakan satu palet warna lampu untuk disesuaikan dengan mood pemandu dan penumpang
- Amaran titik buta
- Enam beg udara
Koleos serba baharu menampilkan rangkaian kuasa dan teknologi Renault yang telah terbukti. Enjin petrol 2.5 liter yang berkuasa dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic baharu untuk meningkatkan prestasi serta keseronokan memandu. Pada masa yang sama mengoptimumkan penjimatan bahan api.
Enjin yang efisien ini mampu menjana kuasa maksimum 171 PS dan tork puncak 226Nm. Ia juga sangat responsif pada kelajuan enjin yang rendah dan sederhana dengan tork 200Nm boleh diperoleh pada 1,800rpm.
Renault Koleos serba baharu dijangka dipasarkan di setiap benua. Jadi, spesifikasi peralatannya boleh disesuaikan dengan cuaca berbeza di mana sahaja ia akan dipandu.
Renault Koleos serba baharu juga hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.
Orang ramai yang ingin mengetahui mengenai Koleos serba baharu dengan lebih lanjut serta menerima maklumat terkini mengenainya digalakkan supaya mendaftar di laman web: www.renault.com.my.
No Comment