Berita Auto

Renault Koleos Baharu: Casis dan Rangkaian Kuasa

Seni bina (platform) yang sudah terbukti dan versatile

Koleos serba baharu dibina di atas platform Pakatan CMF-C/D yang dikongsi oleh beberapa buah kenderaan termasuklah Renault Espace, Talisman dan Kadjar. Selain model Nissan X-Trail/Rogue dan Qashqai. Platform ini membuktikan pengalaman Pakatan tersebut dalam menghasilkan kereta saloon, crossover dan SUV.

Alat ganti kenderaan dan komponen yang tidak dapat dilihat oleh pengguna adalah sama. Sementara reka bentuk dan identiti setiap jenama kekal tersendiri. Penjimatan ini kemudian dilaburkan ke atas Koleos serba baharu untuk menawarkan ciri-ciri yang lebih baik kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kilang pemasangan yang terkenal dalam Pakatan Renault-Nissan

Koleos serba baharu dipasang di Busan, Korea untuk semua pasaran di seluruh dunia kecuali China. Kilang itu dilengkapi peralatan industri yang efektif dan sangat fleksibel. Ia juga mematuhi standard pengilangan Renault yang ketat. Ia kini menghasilkan kenderaan yang dibina di atas platform CMF-C/D untuk jenama-jenama milik Groupe Renault dan rakannya, Nissan.

Enjin petrol 2.5 liter yang berkuasa

Enjin 2.5 liter empat silinder, 16 injap dengan aci sesondol atas berkembar. Kuasa maksimum ialah 171PS (126 kW) @ 6,000rpm dengan tork puncak 226Nm @ 4,400rpm. Penjagaan minimum diperlukan untuk mengurangkan geseran dan meningkatkan prestasi serta mengoptimumkan penjimatan bahan api. Dengan kuasa tork 200Nm yang boleh diperoleh pada serendah 1,800rpm, ia sememangnya sangat responsif pada kelajuan enjin rendah dan sederhana. Ia juga sesuai untuk tugas menunda sehingga dua tan.

ENGINE SCANNER - RIGHT-HAND DRIVE

Transmisi automatik X-Tronic CVT

Koleos serba baharu adalah pacuan dua roda petrol yang dilengkapi dengan transmisi automatik X-Tronic CVT. Transmisi ini direka untuk meningkatkan keseronokan pemanduan dan mengurangkan penggunaan bahan api berbanding kotak gear automatik konvensional.

Tidak seperti transmisi CVT sebelum ini, transmiri X-Tronic CVT pada Koleos serba baharu bertindak seoloh-olah kotak gear multi-nisbah, pada bila-bila masa pemandu perlu memecut dengan lancar. Namun begitu, transmisi boleh ubah berterusan ini memastikan penukaran gear yang lancar ketika memecut dengan menawarkan jumlah gear tidak terhad. Ia memastikan rev dan beban enjin dapat dioptimumkan secara berterusan untuk menawarkan penjimatan bahan api lebih baik. Selain pemanduan selesa dan tahap bunyi bising yang rendah apabila memandu pada kelajuan serupa. Pemandu boleh memilih mode penukaran gear tujuh kelajuan untuk mendapat kelebihan brek enjin.

Transmisi X-Tronic CVT menawarkan semua kelebihan kotak gear automatik konvensional tanpa sebarang kelemahan.

All-new Renault Koleos_on location

Diuji agar tahan lasak

Koleos serba baharu perlu menjalani ujian statik dan dinamik bagi memastikan ia mematuhi standard ketat Renault dan memiliki ketahanan luar biasa. Memandangkan ia akan dipasarkan di lima buah benua, adalah penting Koleos Baharu dapat memenuhi ekspektasi para pemandu dalam apa jua cuaca dan permukaan jalan raya.

Sebelum dilancarkan, Koleos serba baharu telah melalui ujian ekstensif sejauh 1,100,000km di pusat-pusat ujian Renault (bersamaan lebih 3,300,000km dalam kondisi dunia sebenar dari segi kelusuhan) demi memastikan ketahanannya. Sebanyak 20 unit kenderaan pra-produksi menjalani laluan sejauh lebih satu juta kilometer untuk mencari potensi kerosakan. Jadi, langkah penambahbaikan dapat diambil jika perlu.

Selain ujian-ujian dinamik ini, Renault telah membangunkan satu rangkaian ujian statik yang direka untuk mengesahkan tahap ketahanan terhadap aspek kehausan dan kelusuhan (ujian EDAU).

Prosedur ini melibatkan penggunaan tempat duduk serta operasi cermin tingkap elektrik, tali pinggang keledar, tuil gear, brek tangan dan mekanisma pintu. Semua komponen tersebut diuji beribu-ribu kali, 24 jam sehari untuk mensimulasikan kegunaan selama bertahun-tahun dalam tempoh hanya beberapa minggu sahaja.

All-new Renault Koleos_uphill on location

Kini dibuka untuk tempahan

TC Euro Cars (TCEC), pengedar tunggal kenderaan Renault di Malaysia telah membuka tempahan untuk Koleos serba baharu – SUV utama yang terkini daripada Renault.

Dijangka dilancarkan pada September, harga pengenalan Renault Koleos serba baharu ialah RM172,800 di Semenanjung Malaysia dan RM116,800 di Langkawi (di atas jalan dan GST, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran peribadi sahaja).

Previous post

BMW Group Malaysia lanjutkan program Safety 360° di Krista Education

Next post

Ruang Pengalaman Jenama Nissan New Tokyo Akan Mempamerkan Mobiliti Pintar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *