Gaya Hidup / Lifestyle

Steve Wyatt Buktikan Kehebatan di Ferrari Challenge Asia Pacific

Perlumbaan 1

Kejohanan Ferrari Challenge Asia Pacific pusingan keempat yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini penuh dengan aksi dan drama. Dengan penyertaan 31 pelumba dari 13 negara, litar sepanjang 5.543 km itu menjadi pentas persaingan yang sengit, ditambah pula dengan cuaca yang panas yang mencapai 50 darja Celsius.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Trofeo Pirelli

Perlumbaan 1 pada Sabtu lalu merupakan deja-vu untuk Steve Wyatt dari Australia, yang pernah memenangi perlumbaan yang sama tahun lalu. Wyatt yang bermula dari petak pertama tidak mengambil masa yang lama untuk meninggalkan pesaingnya di belakang, walaupun mendapat tentangan hebat dari pelumba Sweden, Alexander West. Biarpun pelbagai helah digunakan, West terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Di tempat ketiga adalah Florian Merckx dari Belgium.

Pirelli AM

Dalam kelas Pirelli AM, kemenangan dicapai oleh Xin Jin dari China selepas pergelutan sengit dengan rakan senegaranya, Huilin Han. Jin berlumba dengan cemerlang untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam senarai pelumba. Tempat ketiga pula dirangkul oleh Greg Teo dari Singapura.

FC APAC Sepang_009

Coppa Shell

Kelas Coppa Shell pula menyaksikan pelumba China Liang Wang mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu senarai. Beliau diikuti rapat oleh Makoto Fujiwara, yang akhirnya menghabiskan perlumbaan di tempat kedua. Yuan Yang pula mendapat tempat ketiga. Yang menariknya, ketiga-tiga pelumba menghabiskan saingan dengan perbezaan hanya satu saat di antara satu sama lain.

 

Perlumbaan 2

Race 2 Trofeo Pirelli Winners

Jika Perlumbaan 1 penuh drama, Perlumbaan 2 pula menyajikan aksi hebat dengan 26 pelumba di grid. Steve Wyatt dan Liang Wang berjaya mengulangi kejayaan hari pertama dalam kelas masing-masing. Sementara itu, Huilin Han menebus kekecewaannya dengan menjuarai kelas Pirelli AM.

Trofeo Pirelli

Sekali lagi bermula dari petak pertama, Wyatt terus menghadapi persaingan sengit dari pelumba Indonesia, Renaldi Hutasoit dari awal perlumbaan. Namun begitu, Wyatt menggunakan pengalamannya beraksi di Sepang untuk mengasingkan dari pesaing-pesaingnya hanya selepas tiga pusingan. Hutasoit berjaya mempertahankan kedudukan keduanya sehingga tamat perlumbaan, diikuti rapat oleh David Tjiptobiantoro.

FC APAC Sepang_005

Merckx pula terpaksa bermula dari petak ketujuh selepas dikenakan penalti atas pemanduan berbahaya di laluan pit. Beliau terpaksa akur di tempat keempat, walaupun mencatat masa terpantas iaitu 2″11.909.

Pirelli AM

Malang untuk Xin Jin apabila beliau terpaksa melepaskan kedudukannya sebagai pendahulu selepas dikenakan penalti. Peluang itu disambar rakan senegaranya iaitu Han, yang terus meninggalkan pesaingnya dibelakang untuk memenangi tempat pertama. Eric Cheung dari Canada pula di tempat kedua manakala Jin terpaksa berhempas-pulas untuk memenangi tempat ketiga.

Coppa Shell

Pemenang Perlumbaan 1 iaitu Liang Wang membuktikan kehebatannya dengan kemenangan mudah di atas Ken Seto dan Sam Lok. Walaupun memberikan tentangan sengit, Seto dan Lok gagal mencuri peluang untuk mengalahkan Wang. Piala Gentlemen pula menjadi milik Paul Montague dari Australia.

FC APAC Sepang_002

Ferrari Challenge pusingan kelima akan diadakan di litar jalan raya Singapura sebagai perlumbaan sokongan Formula 1 yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 September ini.

\

 

Previous post

Renault Koleos Baharu Bakal Tiba, Kini Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Amerika Mahu Larang Makan & Minum Didalam Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *