Stok Pengepam Beg Udara Bahagian Pemandu Buatan Takata Pada Tahap 100% – Honda Malaysia
Honda Malaysia hari ini mengumumkan stok alat ganti beg udara bahagian pemandu keluaran Takata berada pada tahap 100%. Untuk itu, pelanggan yang terjejas digesa untuk menukar beg udara mereka di pusat-pusat servis Honda, atau di mana-mana hab pusat servis atau hab bergerak yang disediakan khas.
Setakat 17 Ogos 2016, sebanyak 45% atau kira-kira 175,000 unit pengepam beg udara Takata telah digantikan dalam kenderaan-kenderaan yang terjejas. Sejak tiga minggu yang lalu, syarikat itu juga telah berjaya menggantikan lebih daripada 31,800 unit pengepam beg udara di pusat-pusat servis yang bertauliah, hab pusat servis serta hab bergeraknya.
Stok pengepam beg udara bahagian penumpang pula masih tidak mencukupi akibat masalah kekurangan alat ganti pada peringkat global.
Pelanggan yang terjejas boleh membuat temujanji di mana-mana pusat servis Honda. Mereka juga boleh melawat hab pusat servis khas yang terletak di alamat-alamat berikut:
• Hab Utaraa (Sebelah S.M.J.K. Convent Dato’ Keramat)
Alamat: No.401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Penang.
• Hab Sentral – Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. (Sebelah Hospital Columbia Asia)
Alamat: Lot 15 Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
• Hab Selatan – Oriental Assemblers Sdn. Bhd.
Alamat: 99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.
Hab-hab sementara ini telah beroperasi sejak 1 Ogos dan akan terus dibuka sehingga 30 September 2016. Ia dibuka tujuh hari seminggu (kecuali cuti umum) dari pukul 8 pagi sehingga 7 petang.
Selain itu, Honda Malaysia juga telah membuka 24 hab bergerak untuk memudahkan kerja-kerja penukaran beg udara. i 21 dari hab-hab ini terletak di stesen minyak Petron terpilih dan selebihnya di lokasi-lokasi Honda Family Road Trip. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan masa operasi, layari www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.
No Comment