Subaru Buka Pusat 4S Pertama di Cheras
Pengedar kenderaan Subaru di Malaysia iaitu Motor Image Malaysia telah membuka pusat 4S pertamanya di Cheras. Ini adalah selari dengan misi syarikat itu untuk mengembangkan lagi jenamanya terutama di pusat-pusat bandar.
Fasiliti berukuran 3,417 meter persegi itu terletak di Lot PT 4523 (D) 4½, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Ia menggantikan pusat 3S Cheras yang sedia ada dan akan dibuka mengikut fasa dalam beberapa bulan akan datang. Buat masa ini, terdapat 29 pusat jualan dan servis Subaru di seluruh negara.
Pusat ini menawarkan fasiliti yang lengkap iaitu jualan, servis, alat ganti dan cat. Pelanggan boleh melihat barisan produk Subaru terkini di bilik pameran yang disediakan atau berehat di lounge sementara menunggu kereta siap diselenggara.
Ia juga menempatkan gudang alat ganti yang lengkap demi memenuhi perminataan pelanggan. Dengan 12 ruang servis, pusat itu mampu menyelenggara sehingga 48 buah kenderaan dalam satu hari.
No Comment