Motosikal / Skuter / Roda

SYM Sport Rider 125i Dilancarkan – RM5,450

SYM Malaysia telah melancarkan motorsikal suntikan bahan api 125 cc yang pertamanya iaitu Sport Rider 125i di Pulau Pinang. Model ini dijangka akan menghangatkan lagi segmen kapcai susulan kejayaan pelancaran beberapa model perdana yang popular termasuk Sport Bonus 115 dan E Bonus 110.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan bentuk moden yang menarik, Sport Rider 125i merangkumi beberapa elemen rekaan unik termasuk rangka tiub sisi ala naked bike, muffler dan fender yang sporty di belakang,  Ia juga dilengkapi panel meter digital LCD untuk menyenangkan pembacaan data.

DSC_0069

Motosikal yang patuh piawai perlepasan Euro 3 itu dilengkapi dengan enjin SOHC dua injap yang menghasilkan 9.5 kuasa kuda pada 8,000 rpm dan 10.79 Nm tork pada 5,500 rpm. Ia mempunyai tangki sebesar 4.2 liter di bawah tempat duduk dan berat badan 107 kg.

DSC_0456

Fungsi brek diambil alih oleh cakera hidraulik depan dan drum belakang yang bercantum dengan roda aloi. Lampu depan dan lampu isyarat LED memastikan motorsikal jelas kelihatan dari jarak jauh demi keselamatan penunggang. Tayar tanpa tiub mengurangkan jangka kehilangan pelampungan jika berlakunya tusukan.

DSC_0440

Tempat duduk direka khas supaya penunggang dan pembonceng duduk berasingan. Ciri rekaan unik yang pertama kali dilihat di negara ini dikatakan dapat menambah tahap keselesaan dan keselamatan kedua-dua pengguna. Terdapat juga ruangan simpanan yang luas di bawah tempat duduk.

SYM Sport Rider 125i ditawarkan dengan jaminan lanjutan istimewa selama tiga tahun atau 30,000 km, dan jaminan enjin selama satu tahun atau 10,000 km. Ia dijual pada harga RM5,450 (tidak termasuk GST) dan boleh didapati di semua pengedar SYM mulai September dalam tiga pilihan warna menarik iaitu merah, biru dan kuning.

Previous post

Volkswagen Capai Perjanjian Secara Prinsip Dengan Dealer Franchise Menyelesaikan Litigasi Diesel

Next post

Bagaimana SESETENGAH Penjual Kereta Terpakai Menipu Pembeli Online

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *