Berita Auto

Tempahan untuk Honda Accord ‘Facelift’ Dibuka

Tempahan untuk Honda Accord ‘facelift’ yang dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi telah pun dibuka di kesemua 88 pusat pengedar sah jenama itu di seluruh negara. Menurut Honda, sedan generasi kesembilan itu ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu 2.0 VTi, 2.0 VTi-L dan 2.4 VTi-L.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Dari segi rupa luaran, perubahan tidaklah begitu ketara. Model ‘facelift’ ini diperkemaskan lagi dengan rekaan ‘Solid Wing Face’ yang dipadankan dengan rekaan lampu terkini dan lampu nyalaan siang LED. Bahagian belakangnya pula menampilkan lampu kombinasi LED baharu. Rupa keseluruhan sedan itu pula dipertingkatkan dengan rim aloi baharu.

Accord ‘facelift’ ini akan menjadi model Honda pertama yang ditawarkan dalam warna baharu iaitu Obsidian Blue Pearl. Warna baharu lain yang boleh didapati termasuk White Orchid Pearl and Lunar Silver Metallic. Selain itu, warna Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl juga ada.

Mereka yang berminat boleh melihat Accord ‘facelift’ ini dengan lebih dekat semasa siri jelajah yang akan diadakan dari 12 Ogos hingga 4 September 2016. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.honda.com.my.

Honda Accord Facelift Road Show 01

Honda Accord Facelift Road Show 02

 

Previous post

Promosi 'Fuyoo' Triumph Malaysia Tawar Nilai Hebat untuk Street Triple R dan Tiger 800

Next post

ETCM Panggil Balik Kenderaan Nissan Terlibat Dengan Isu Beg Udara Takata dan 'Back Door Stay'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *