Tempoh Pengeluaran Ford GT Dilanjutkan Dua Tahun Lagi
Ford Performance telah mengesahkan yang ia akan melanjutkan pengeluaran Ford GT serba-baharu selama dua tahun lagi demi memenuhi permintaan yang memberangsangkan. Syarikat itu sebelum ini mengumumkan yang ia memerlukan dua tahun untuk menyiapkan 500 unit pertama model tersebut.
“Walaupun kami tidak mampu untuk membina Ford GT yang cukup untuk semua yang telah memohon, kami akan mengeluarkan kereta tambahan dalam usaha untuk memuaskan lebih ramai duta Ford yang setia,” kata Dave Pericak, pengarah global Ford Performance.
“Kami mahu memastikan Ford GT kekal eksklusif, tetapi pada masa yang sama kami tahu betapa pentingnya pelanggan pada jenama kami.”
Menurut Ford, tahun ketiga pengeluaran adalah untuk pemohon yang diletakkan dalam senarai menunggu, manakala tahun keempat pula adalah untuk memenuhi permintaan pemohon yang ditolak sebelum ini dan juga pemohon kali pertama. Proses permohonan untuk pengeluaran tahun keempat akan dibuka pada awal 2018. Pelanggan yang pernah memohon sebelum ini hanya perlu mengemaskinikan permohonan mereka.
No Comment