Berita Auto

Tidak Lagi (Hanya) Konsep – Butiran Civic Hatchback & Gambar Rasmi Sudah Timbul

Amerika Utara akan menjadi pasaran pertama menerima Honda Civic Hatchback, dan tambahan terbaru kepada barisan generasi ke 10 Honda Civic, menyertai 2016 North American Car of the Year – Sedan Civic, dan Coupe Civic yang dilancarkan awal tahun ini. Ia dijadualkan untuk tiba musim luruh ini pada peniaga Honda di seluruh negara Amarika, juga akan menjadi pengasas bagi  pelancaran Civic Type-R baru yang radikal di Amerika Syarikat pada tahun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibina di atas platform bertaraf dunia yang sama dengan Sedan Civic  generasi ke 10 dan Coupe, Honda Civic Hatchback 2017 menawarkan kombinasi menarik gaya sporty, kecekapan, utiliti dalaman dan ciri-ciri premium. Civic Hatchback boleh didapati dalam varian LX, Sport, EX, EX-L, dan Sport Touring dan akan menampilkan enjin tunggal untuk pasaran Amerika Syarikat: 1.5-liter DOHC direct-injected turbocharged in-line 4-cylinder dengan puncak output 174 kuasa kuda dan 220Nm tork untuk LX, EX dan EX-L dan 180 kuasa kuda dan 220Nm. tork untuk Sport dan gred Sport Touring serba baharu, yang mempunyai aliran tinggi ekzos yang dipasang ditengah-tengah.

2017 Honda Civic Hatchback

Civic Hatchback serba baharu gred Sport Touring menjadikan Honda Sensing, Apple CarPlay dan Android Auto dan lampu LED sebagai peralatan standard dengan menambah tempat duduk belakang panas dan ciri-ciri lain.

2017 Honda Civic Hatchback

 

 

Previous post

GALERI: Seharian di BMW Museum di Munich

Next post

Kempen 'Renault Fluence It's A Big Deal' Tawar Sedan Segmen C Pada Harga Segmen B

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *