Berita Auto

Toyota Sienta Kini di Malaysia – Harga dari RM92,900

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini melancarkan Toyota Sienta serba baharu, sebuah MPV kompak urban yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan keluarga moden.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari sudut reka bentuk, Sienta serba baharu ini memiliki imej golongan muda yang diinspirasikan oleh kasut trekking, yang mempamerkan karektor dinamik dan kepelbagaian fungsi kegunaan. Rekaannya juga menyerlahkan bentuk tiga dimensi dengan kemasan yang meminjam ideanya dari pelindung kasut.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, sebanyak 500 tempahan sudah diterima sejak ianya diumumkan pada awal Jun lalu.

Toyota Sienta

Dibawa masuk dari Indonesia, Sienta ditawarkan dalam dua varian iaitu Sienta 1.5V (RM99,900)* dan Sienta 1.5G (RM92,900)*, dengan enam pilihan warna iaitu Orange Metallic, Super White II, Silver Metallic, Grey Metallic, Attitude Black Mica, dan Quartz Brown Metallic.

*Harga atas jalan termasuk GST dan insurans.

Menggerakkannya ialah enjin petrol baharu 1.5 liter dengan Dual VVT-i yang membolehkan penyelarasan berterusan bagi bukaan dan penutupan injap di kedua-dua bahagian masukan serta ekzos. Penyelarasan berkenaan dilakukan secara elektronik, bergantung kepada keadaan pemanduan. Kelebihannya, ia membolehkan janaan kuasa optimum sentiasa dapat dicapai. Dalam masa yang sama, ia meningkatkan kecekapan penggunaan minyak dan mengurangkan pembebasan sisa pembakaran dari enjin.

Toyota Sienta

Enjin itu menghasilkan 107 PS pada 6,000 rpm dan tork sebanyak 140 Nm pada 4,200 rpm, dan disalurkan ke tayar hadapan melalui CVT (Continuosly Variable Transmission) dengan ‘torque conventer’. Menurut Toyota, CVT dipilih di atas faktor kecekapan tinggi dan kelancaran yang ditawarkan. Pemandu juga boleh memilih antara tujuh kedudukan gear yang ada menggunakan mod Sport Sequential Shiftmatic.

Toyota Sienta

Sebagai sebuah MPV, Sienta menawarkan sebuah ruang dalaman yang luas dengan keupayaan pelbagai fungsi. Tiga baris tempat duduk, yang mampu memuatkan tujuh penumpang, boleh diubah susun aturnya untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Melipat kerusi sangat mudah, manakala lantai mendatar memberi kelebihan kepada kapasiti ruang sedia ada.

Toyota Sienta

Untuk keselesaan penumpang, kedua-dua varian yang ditawarkan dilengkapi dengan ciri pintu gelungsur berkuasa (hanya disebelah kiri bagi Sienta 1.5G) yang boleh dibuka dan ditutup dengan tiga cara; melalui pemegang pada pintu, butang pada kunci serta suis pada papan pemuka. Ia turut disertakan dengan sistem Smart Entry & Start.

Dengan rekaan untuk memuatkan tujuh orang penumpang dalam satu masa, sekurang-kurangnya 14 ruang simpanan barang seperti untuk bekas minuman, peranti elektronik peribadi dan sebagainya turut disediakan.

Toyota Sienta

Ciri-ciri keselamatan yang disediakan termasuklah dua beg udara SRS bahagian hadapan, dan satu beg udara lutut yang terletak di bawah kolum stereng pemandu. Model ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif yang terdiri dari VSC (Vehicle Stability Control) dan HAC (Hillstart-Assist Control).

Sienta didatangkan dengan jaminan lima tahun. UMW Toyota Motor mensasarkan penjualanannya sebanyak 2,500 unit menjelang akhir tahun. Ia akan mula berada di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara pada 19 Ogos.

Toyota Sienta

Pelanggan boleh mengetahui bilik pameran terdekat dengan melayari laman web Toyota Malaysia di www.toyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

 

Previous post

Volkswagen Bermula Mengubah Suai Enjin 1.2 liter EA189 TDI Mereka

Next post

Pilot-Pilot Drone Terunggul Cabar Beberapa Kenderaan Ford

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *