Trak Iron Knight dan teknologi IShift DwiKlac menewaskan dua rekod kelajuan dunia
Iron Knight milik Volvo Trucks kini adalah trak terpantas di dunia di dalam dua kategori. Ia telah menewaskan rekod kelajuan dalam kategori 500meter dan 1000meter dengan permulaan pegun. Trak pemecah rekod tersebut dibina khas dari setiap aspek kecuali enjin dan transmisi IShift DwiKlac.
Trak Iron Knight Volvo Trucks yang dipandu oleh Boije Ovebrink kini merupakan pemegang rasmi rekod kelajuan dalam kategori jarak 500 dan 1000meter. Sepanjang tempoh pembinaan trak tersebut, sekumpulan pakar dari Volvo Trucks telah mendapati caracara inovatif untuk menggabungkan teknologi dan rekabentuk.
“Ini menunjukkan bahawa transmisi IShift DwiKlac kami mempunyai potensi yang amat besar dan ia tidak akan menghampakan anda ketika keadaankeadaan yang melampau. Kotak gear yang digunakan di dalam trak pemecah rekod tersebut merupakan kotak gear yang turut digunakan di dalam trak siri FH kami, dan ini adalah satu hakikat yang amat kami banggakan,” kata Claes Nilsson, Presiden dan Ketua Operasi Volvo Trucks.
Dengan kelajuan purata 169 km/jam dan catatan masa sebanyak 21.29 saat, Iron Knight telah menewaskan rekod kelajuan antarabangsa bagi kategori jarak 1000 meter dari permulaan pegun. Ia turut menewaskan rekod sama bagi kategori jarak 500 meter, dengan kelajuan purata 131.29 km/jam dengan catatan masa 13.71 saat. Larian rekod tersebut dijalankan di sebuah litar ujian tertutup di utara Sweden. Pada masa penerbitan, rekodrekod tersebut sedang dikaji semula oleh persatuan sukan permotoran antarabangsa FIA.
“Pakarpakar dari beberapa jabatan Volvo Trucks telah bekerjasama dengan rapat untuk membangunkan trak dengan prestasi yang tiada tandingannya. Selain enjin dan transmisi dari Volvo Trucks, yang merupakan nadi Iron Knight, kami telah membina trak tersebut dari awal menggunakan tangan. Kejayaan kami dalam mendapatkan bukan hanya satu tetapi dua rekod adalah hakikat yang sangat menakjubkan,” kata Olaf Johanssn, juruteknik di Volvo Trucks.
Di sebalik roda stereng trak Iron Knight ialah Boije Ovebrink, yang memiliki lebih dari 30 tahun pengalaman dalam perlumbaan kereta dan trak. Beliau sebelum ini telah menewaskan lima rekod kelajuan dan telah dinobatkan sebagai juara European Truck Racing pada tahun 1994.
“Iron Knight Volvo Trucks boleh dirumuskan dengan satu perkataan: kesempurnaan. Ia kelihatan menawan dan kuasa yang dimilikinya tiada tandingan bila anda memijak pedal pemecut. Ini merupakan trak pemecah rekod ketiga yang pernah dipandu saya, dan saya tidak dapat memikirkan susulan yang lebih baik kepada Wild Viking dan Mean Green,” kata Boije Ovebrink.
Bagaimana larian rekod tersebut dijalankan Larian tersebut dijalankan di “Skellefteå Drive Center”, sebuah bekas lapangan terbang berdekatan Skellefteå di utara Sweden. Rekod kelajuan diawasi dan diluluskan oleh persatuan sukan permotoran antarabangsa FIA. Trak tersebut meliputi jarakjarak yang ditandingi dalam keduadua arah. Berdasarkan keduadua larian, masa purata dan kelajuan dikira. Keputusan rekod yang dikeluarkan oleh FIA adalah kelajuan purata dari keduadua larian tersebut.
Traktrak pemecah rekod Volvo Trucks sebelumnya – 2007: ‘Wild Viking’ (1600 kuasa kuda) menewaskan rekod dunia untuk jarak 01000 m dengan permulaan pegun, dengan kelajuan purata 158.8 km/jam. – 2010: Rekod bagi jarak yang sama ditewaskan oleh ‘NH D16’ (1800 kuasa kuda) yang mencatat kelajuan purata 166.7 km/jam. – 2011: Trak hybrid ‘Mean Green’ (gabungan enjin diesel dengan 1800 kuasa kuda dan motor elektrik dengan 300 kuasa kuda), menempah rekod baru bagi jarak 0500 dan 01000 meter dengan permulaan pegun, masingmasing dengan kelajuan purata 115.3 km/jam dan 152.2 km/jam. – 2012: ‘Mean Green’ bertanding dalam kategori 1000 meter dengan permulaan bergerak dan menempah rekod baru dengan kelajuan purata 236.6 km/jam.
Iron Knight – trak pemecah rekod – Dengan 2400 kuasa kuda, tork sebanyak 6000 Nm dan berat sebanyak 4.5 tan, trak Iron Knight mempunyai nisbah kuasakepadaberat melebihi 0.5 hp/kg. – Enjin kedudukan tengah yang digunakan merupakan unit D13 yang telah diubahsuai dengan ketara, dengan ‘intercooler’ yang disejukkan dengan air dan empat ‘turbocharger’. – Transmisi IShift DwiKlac mengekalkan penghantaran tork ketika pertukaran gear. Selain klac yang diperkuatkan (cakera dan plat tekanan diperbuat dari bahan tersinter), Iron Knight menggunakan kotak gear sama yang dipasangkan kepada trak siri Volvo FH. – Elektronik dikurangkan sebanyak mungkin untuk mengurangkan berat kenderaan. – Perisian trak telah diprogram semula bagi membenarkan prestasi yang tinggi. – Aerodinamik bahagian kabin telah dioptimumkan, diperbuat dari gentian kaca. ‘Sideskirt’ yang digunakan mempunyai ruang pengambilan udara yang besar untuk membekalkan enjin dengan udara sejuk. – Semasa larian rekod, Iron Knight mencapai kelajuan tinggi sebanyak 276 km/jam.
Untuk pengetahuan lanjut mengenai usahausaha Volvo Group dalam dunia automasi, kunjungi laman web kami.
No Comment