Trak Volvo ‘The Iron Knight’ Pecah Dua Rekod Kelajuan Dunia Menggunakan Tayar Goodyear
Trak Volvo ” The Iron Knight ‘ telah memecah dua rekod kelajuan dunia untuk tayar trak Goodyear – menjadikan mereka tayar trak yang paling laju di dunia. Tayar khas yang dibangunkan dan dibina oleh Goodyear adalah hasil daripada kerjasama berterusan dan perkongsian OE kukuh dengan pembuat trak terkemuka Volvo Trucks.
Tayar Goodyear ‘The Iron Knight’ membantu trak 4.5 tan berkuasa kuda 2400 mencapai kelajuan purata 169.09 km / h dalam masa 21.29 saat, lebih 1,000 meter dari standing start.
The Iron Knight juga mengalahkan rekod untuk jarak 500 meter, pada 131,29 km / h dalam 13.71 saat dari standing start.
Jika itu tidak cukup mempersonakan, semasa larian-larian rekod The Iron Knight mencapai kelajuan tertinggi – 276 km / h.
No Comment