Berita Auto

30 Rolls-Royce Phantom Tempahan Khas Menuju Ke Hotel The 13 di Macau

Sejumlah 30 buah Rolls-Royce Phantom yang ditempah khas telah pun selamat dihantar ke Macau melalui kapal dari Goodwood, England. Kesemua kereta mewah itu ditempah oleh pengerusi bersama The 13 Holdings Limited, Stephen Hung untuk kegunaan hotel The 13 yang akan dibuka awal tahun hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka dengan kerjasama penuh dari Hung, barisan kenderaan itu terdiri dari 30 buah Phantom model Extended Wheelbase yang dihiasi dengan warna rasmi hotel tersebut, termasuk dua warna emas.

Warna merah yang dipanggil ‘Stephen Red’ itu dipadankan dengan garisan emas yang dilukis menggunakan tangan bersempena dengan motif hotel The 13. Rim 21 inci itu juga dicat dalam warna merah yang sama.

P90237037_highRes_shipment-of-thirty-b

Tetamu yang terpilih pula akan dibawa menaiki Phantom khas yang menampilkan patung ‘Spirit of Ecstasy’ dan gril emas, ruang kabin dengan kemasan berwarna emas serta logo bertatahkan berlian.

Di dalam tidak kurang hebatnya. Kemasan kayu khas serta corak kotak pada tempat duduk belakang diinspirasikan oleh ruang ketibaan hotel The 13 yang dihiasi marmar. Pintu kereta itu pula direka dengan kerjasama dari tukang emas terkemuka iaitu Graff.

Previous post

Honda Malaysia Sahkan Inflator Beg Udara Takata Pecah Dalam Kemalangan Maut Terbaru

Next post

PROTON Lancar Model Saga Generasi Ketiga

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *