Konsep / Lakaran / Intipan

Adakah Mungkin Ini BMW 3 Series 2018?

BMW Group sedang menyiapkan saloon generasi ke-7 semua-baharunya, dengan prototaipnya kena spotted di Nurburgring buat kali pertama.

bmw-3-series-g30a

Seperti generasi sebelumnya, BMW 3 Series 2018 yang baharu ini dengan nama kod G20, mungkin akan menjadi sebagai penanda aras baharu bagi segmen sedan kecil dalam hal metrik penting seperti pemanduan dinamik dan keberkesanan. Walhal, Mercedes-Benz dan dalam banyak kes Jaguar dan Audi juga telah, dengan penawaran sedan kompak paling up to date mereka  telah meninggalkan BMW dalam mode ‘catch-up’. Terkejar-kejar.

BMW 3 Series G20 2018 ini adalah berdasarkan seni bina baharu yang dikenali sebagai ‘CLAR’. Platform baru telah diwujudkan dalam usaha yang akan membentuk tulang belakang semua BMW kereta pacuan roda belakang masa depan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut sumber di BMW, syarikat itu kini menyediakan sistem infotainment baru khusus untuk 3 Series, yang akan dilengkapi dengan sistem iDrive baru, sistem gesture control  dan banyak ciri-ciri baharu yang lain.

Secara teknikal model ini akan terus menjadi pacuan roda belakang, dan juga dengan pilihan sistem pacuan semua roda xDrive. pengagihan berat akan cenderung untuk nisbah ideal 50:50. 3 Series baharu ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai enjin turbo 3-silinder bersama-sama dengan enjin 4-silinder semasa. Yang teratas, enjin 6-silinder dengan turbocharger juga akan dikekalkan. Seperti yang dijangka, semua unit kuasa pada 2018 akan terus dibangunkan untuk menyediakan lebih banyak kuasa dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Previous post

VW Transporter Highline, Van Panel Yang Bergaya

Next post

Mercedes-Benz CLA Facelift Dilancarkan - Harga dari RM236,888

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *