Berita Auto

Bagaimana Ford Menukar Roadster Tanpa Bumbung dan Pintu Menjadi SUV Keluarga Moden

Adakah anda akan membayar ekstra untuk lebih banyak pintu pada sebuah SUV?

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apabila Ford memperkenalkan Ford Bronco pada tahun 1965 dengan satu siaran akhbar yang menyebut “Barisan kenderaan pacuan empat roda yang benar-benar baru,” model asal “roadster” itu tidak mempunyai bumbung, pintu dan cermin hadapannya boleh diturunkan untuk memberikan pemandu pengalaman pemanduan yang mengujakan. Para pelanggan yang mahukan perlindungan tambahan yang ditawarkan oleh pintu dan bumbung perlu membayar lebih sebagai salah satu ciri plihan. Apa yang bagusnya, sebaik sahaja anda bayar, pintu akan dipasang, lengkap dengan kunci sebagai satu ciri standard.

Ford Bronco II

Sejak pengenalan Bronco yang pertama, segmen SUV telah banyak berubah sehinggakan sukar untuk dikenal pasti. Ia tidak lagi bertindak sebagai kenderaan kedua yang digunakan untuk tujuan off-road sahaja. Malah, SUV dijangka mencapai jualan 40 peratus daripada keseluruhan kenderaan menjelang tahun 2018. Ia sudah pun mengatasi jualan kenderaan penumpang di beberapa pasaran di dunia.

Pertumbuhan itu dibantu oleh peningkatan aspek keselamatan dan kemajuan teknologi yang berjaya menambah baik penggunaan bahan api seperti sebuah kenderaan penumpang. Digabungkan dengan kelebihan sebuah SUV seperti posisi tempat duduk lebih tinggi yang membantu tahap pandangan dan memudahkan urusan keluar masuk dari kenderaan serta kawasan kargo yang versatil, SUV bukan lagi seperti dahulu. Sama ada untuk golongan millennial yang sudah menjadi ibu bapa, atau orang muda yang tidak mahu berkompromi dengan aspek praktikaliti, SUV sememangnya menjadi pilihan utama.

Ford Explorer

Tarikan yang semakin kuat terhadap SUV nyata membantu memacu kepelbagaiannya. Selepas pengenalan Bronco asal yang lebih kecil, Bronco II dilihat lebih efisien. Ford mula memahami bahawa pelanggan mahu menggunakan SUV sebagai kenderaan utama mereka yang selesa dan mudah dipandu.

Diperkenalkan pada tahun 1990, Ford Explorer merapatkan jurang itu dengan kemasan seperti sebuah kereta. Ia jelas membantu memacu jualan SUV yang sangat memberangsangkan di pasaran Amerika Utara yang kemudiannya mengubah pasaran global. Ketika semakin ramai pelanggan beralih kepada SUV, Ford meluaskan rangkaian SUV keluarannya untuk memenuhi keperluan tersebut.

Photo 5 - Ford EcoSport

Pada tahun 2016, Ford Everest sudah mempunyai empat pintu, kunci, bumbung bersepadu dan macam-macam lagi. Ia juga lebih senyap, selesa dan mantap di atas lebuh raya. Selain seronok dipandu di laluan berliku dan berupaya mengharung laluan off-road. Sama seperti semua SUV moden Ford, termasuklah EcoSport, Kuga, Edge dan Explorer, ia jelas membuktikan sejarah panjang Ford yang mendengar pandangan para pelanggan, sekali gus kekal menjadi peneraju dan pencipta dalam segmen SUV.

Setiap SUV direka untuk memenuhi keperluan spesifik pelanggan yang berbeza. Memulakan model SUV keluarga moden Ford, Ford EcoSport mewarisi semua kelebihan sebuah SUV seperti tempat duduk tinggi, pandangan lebih jelas dan ruang praktikal yang kemudiannya dipakejkan dengan sempurna untuk bergerak di laluan bandar yang sibuk. Ia juga mempunyai ruang kargo cukup luas untuk membawa apa jua barangan yang diperlukan.

Ford-Kuga-SE-3-620x350

Ford Kuga, direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden serta dilengkapi pelbagai ciri bagi meningkatkan kemudahan dan pemilikan yang menyenangkan. Pintu belakang yang boleh dibuka dengan hanya menggerakkan kaki nyata memudahkan akses ke ruang kargo tanpa perlu meletakkan barang-barang terlebih dahulu. Di atas lebuh raya, kawalan jelajah adaptif menggunakan alat pengesan untuk membantu mengekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan. Sementara Lane Keeping System pula memastikan anda tidak terkeluar dari garisan jalan. Enjin EcoBoost yang maju menawarkan kuasa dan jarak perjalanan yang dimahukan oleh pemandu.

Ford Edge menawarkan pelbagai teknologi termaju dan penampilan maskular bersama tahap keselesaan yang tinggi kepada penumpang. Di dalam ruang kabin yang luas, material berkualiti tinggi dan reka bentuk termaju digabung untuk menghasilkan satu persekitaran premium untuk pelanggan yang semakin bijak menilai. Teknologi-teknologi alat pengesan seperti Perpendicular Parking dan Park-Out Assist membantu mengurangkan tekanan memandu di kawasan urban.

Ford Edge

Ford Everest menawarkan kemampuan off-road yang sebenar, terima kasih kepada sistem pacuan empt roda pintarnya dan active transfer case dengan ciri Torque on Demand, jarak kelegaan tanah setinggi 225mm yang terbaik dalam kelasnya dan keupayaan untuk mengharung air sedalam 800mm, jelas membantu pelanggan mencapai sesuatu yang luar biasa.

Terrain Management System canggih membolehkan anda memilih empat talaan yang telah ditetapkan dan mengharung hampir apa jua laluan dengan yakin – atau kunci transfer case secara manual ke dalam mode low-range untuk meningkatkan tahap kawalan di laluan off-road yang ekstrem. Semua ini ditawarkan dalam pakej yang menarik dan bergaya, bersama ruang dalaman yang senyap dan berkualiti tinggi, teknologi pintar serta dinamik pemanduan yang luar biasa.

Ford Escape

Selepas 25 tahun diperkenalkan, Ford Explorer terus menawarkan inovasi dan prestasi dengan ciri-ciri seperti enjin EcoBoost 2.3 liter baharu yang menjanjikan kuasa serta penjimatan, di samping rangkaian teknologi bantuan pemandu. Pacuan empat roda pintar Explorer, Terrain Management System berfungsi menilai kondisi jalan raya 20 kali lebih pantas berbanding kerlipan mata untuk menawarkan pengendalian dan cengkaman yang tepat.

Seluruh rangkaian SUV Ford menawarkan penjimatan bahan api, keselamatan dan kualiti binaan seperti sebuah kereta penumpang. Semua aspek itu melengkapkan lagi reka bentuk SUV yang penuh fungsi, mudah diakses dan mempunyai posisi tempat duduk yang tinggi.

SIDEBAR: Meletakkan ciri Sport ke dalam Sport Utility

Ford Excursion

Ford sentiasa serius tentang aspek “sport” dalam kenderaan utiliti sukan (SUV). Ketika memperkenalkan Bronco, Pengurus Besar Ford, Donald Frey merujuknya sebagai “abang besar” kepada Ford Mustang. Beliau turut mengakui SUV telah berjaya menarik minat “pelajar kolej… mereka yang menjalani gaya hidup aktif… golongan berkeluarga untuk dijadikan kenderaan kedua atau ketiga mereka”: SUV ialah kenderaan untuk mereka yang gemar memandu. Hari ini, dinamik pemanduan SUV Ford sememangnya mendapat pujian ramai yang nyata dihargai oleh pemandu novis dan berpengalaman.

Ford Everest adalah contoh yang terbaik: Pasukan jurutera tahu bahawa untuk mencapai tahap kemampuan off-road dan ketahanan paling tinggi, ia perlu dibina menggunakan platform kerangka di atas badan bersama gandar belakang yang kukuh.

Bagi kebanyakan SUV tradisional, ia akan mengurangkan dinamik di atas jalan biasa, sesuatu yang tidak mahu dikompromi oleh pasukan jurutera Ford. Jadi, untuk mengekalkan DNA pengendalian Ford, mereka menggunakan reka bentuk suspensi yang tepat, dikenali sebagai sambungan Watt’s. Lebih seimbang berbanding mana-mana reka bentuk suspensi lain, ia membolehkan jurutera menala Everest untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang memuaskan di laluan biasa atau off-road.

Previous post

Spotify Untuk Jaguar Land Rover Diuji

Next post

Mini Clubman John Cooper Works Miliki 350 Nm Tork

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *