Berita Auto

BHPetrol Lancar Infiniti Diesel Euro 5 dan Euro 2M Dengan Aditif Terbaru

Dua tahun selepas pelancaran diesel Euro 5 di Malaysia, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd kini kembali dengan BHPetrol Infiniti Diesel yang diperbaharui dengan aditif yang diformulasi khas untuk enjin diesel moden. Produk terbaru itu ditawarkan dalam gred Euro 5 serta Euro 2M.

Dirumus di Jerman, aditif tersebut berfungsi menghalang pembentukan deposit yang terhasil akibat suhu dan tekanan yang tinggi. Jika tidak dihalang, deposit itu mampu menjejaskan sistem penghantaran bahan api dengan menutup lubang-lubang kecil (bersaiz 0.09 mm) yang terdapat pada muncung penyuntik bahan api lalu menjejaskan prestasi enjin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Spesifikasi OEM menetapkan tahap kehilangan kuasa (power loss) kurang dari dua peratus. Ini boleh dicapai dengan menggunakan aditif pada tahap rawatan minimum seperti yang disyorkan oleh pengeluar-pengeluar kenderaan Jerman. Namun begitu, BHPetrol menambah 2.5 kali ganda lebih banyak aditif pada tahap rawatan maksimum yang dijamin mampu mengembalikan kuasa yang hilang.

Produk Infiniti Diesel ini boleh didapati di lebih dari 105 stesen BHPetrol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia dijual pada harga RM1.70 setiap liter bagi diesel Euro 2M dan RM1.80 setiap liter bagi diesel Euro 5.

Previous post

PROTON Lancar Model Saga Generasi Ketiga

Next post

Honda Civic Type R Prototaip Didedahkan Di Paris

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *