Berita Auto

Ford, HARMAN Bakal Merevolusikan Pengalaman Audio Di Dalam Kenderaan Menerusi Sistem Bunyi B&O PLAY

Memandangkan pembeli kereta baharu menyatakan jenama audio mampu mempengaruhi keputusan mereka terhadap sesebuah kenderaan, Ford dan HARMAN bekerjasama untuk merevolusikan pengalaman mendengar muzik di dalam kenderaan menerusi sistem audio B&O PLAY serba baharu pada jentera Ford di seluruh dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Para pelanggan memberitahu kami bahawa mereka menghargai pengalaman audio yang konsisten dan berkualiti tinggi. Jadi, kolaborasi kami dengan HARMAN boleh menawarkan semua itu,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pembangunan Produk Ford, Raj Nair.

Kajian Jenama Audio Automotif Ipsos 2016 baru-baru ini secara kasarnya menunjukkan satu pertiga pembeli kereta baharu menyatakan bahawa jenama audio di dalam kenderaan memberi impak yang signifikan ke atas keputusan pembelian mereka.

Produk-produk B&O PLAY mengemaskini konsep audio selama lebih 90 tahun. Dengan material semula jadi, reka bentuk tersendiri dan audio berkualiti tinggi, ia menjanjikan pengalaman yang mengujakan buat para pendengar di rumah, ketika berjalan dan tidak lama lagi, di dalam kenderaan mereka.

Ford mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan HARMAN semasa persidangan trend tahunan Further with Ford. B&O PLAY bakal melakukan debut di dalam kenderaan Ford mulai tahun depan.

Pengalaman mengujakan

Pendekatan unik B&O PLAY menghasilkan pengalaman audio yang istimewa buat para pelanggan menerusi posisi dan kaliberasi pembesar suara tersendiri di dalam setiap kenderaan Ford. Maksudnya, talaan audio yang dinamik memastikan kualiti bunyi optimum di dalam kabin dapat dikekalkan tanpa mengira kondisi pemanduan dan di mana seseorang itu duduk.

Ford B&O PLAY

“Ford dan B&O PLAY merupakan padanan jenama yang sempurna bagi kualiti, kebebesan dan reka bentuk inovatif. Ia hadir untuk merevolusikan pengalaman pengguna,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Presiden Divisyen Audio Gaya Hidup HARMAN, Michael Mauser.

“Dengan komitmen bersama yang ingin menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna, Ford sememangnya pengeluar kenderaan yang ideal untuk membawakan kuasa perubahan audio BO PLAY kepada pemandu serta penumpang di seluruh dunia,” katanya.

Untuk menggambarkan kuasa bunyi, Ford dan B&O PLAY hari ini memperkenalkan binaan yang dikenali sebagai Sound Journeys. Ia menawarkan pengalaman yang mampu merangsang lima pancaindera anda.

Dengan menggunakan produk-produk B&O PLAY, ia berupaya menghidupkan tiga habitat semula jadi yang berbeza – hutan, ngarai dan lautan – menampilkan bunyi yang lebih jelas. Malah, pengalaman ini boleh membuatkan seseorang membayangkan bunyi ombak. Ini sekali gus menunjukkan betapa bunyi dapat menukar ruang biasa setiap hari dengan mencipta pengalaman yang lebih mengujakan dan kaya kepada pengguna.

Previous post

Subaru Russ Swift Stunt Show Kembali Untuk Tahun Ketiga

Next post

Chevrolet Cruze Sport - Infotainmen dan Ciri-ciri Keselamatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *