Ford Ranger Atasi Ujian Getir Selama 24 Jam Tanpa Henti
Ford dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah menganjurkan program ‘Ford 24-Hour Challenge’ di seluruh Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Astro Radio Group, hitz.fm untuk menunjukkan keupayaan Ranger.
Pengembaraan tanpa henti selama 24 jam itu mencabar pasukan hitz.fm untuk merasai sendiri laluan sukar dan mengangkut berat beban, selain aktiviti menunda dan mengharung air dalam keadaan yang panas serta lembab.
Sepanjang pengembaraan itu, trak pikap Ranger telah menjalani ujian-ujian sepert:
Cabaran 1: Ketahanan 24 jam
Program ini dimulakan di pejabat Astro Radio di mana Ranger akan bergerak selama 24 jam untuk menyempurnakan lima cabaran. Ia akan berhenti di beberapa lokasi seperti Ipoh, Pulau Pinang, Belum Rainforest di Perak, Kelantan, Kuantan dan Lembah Klang.
Cabaran 2: Menunda beban berat
Di The Port di Ipoh, Ranger menunjukkan keupayaan menundanya dengan meruntuhkan sekeping dinding batu. Kemampuan menundanya mencecah 3,500 kg dengan ciri Trailer Sway Control membuatkan tugas menarik dinding batu setinggi bangunan satu tingkat itu nampak mudah.
Cabaran 3: Beban tiada tandingan
Di Pulau Pinang, ruang kargo Ranger dipenuhi dengan minum yang berat untuk diedarkan kepada orang ramai dan pendengar hitz.fm. Ranger mempunyai kapasiti mengangkut beban sehinggan 1,200 kg.
Cabaran 4: Mengharung air dalam
Selepas 22 jam, Ranger tiba di Ulu Tamu, Batang Kali di mana ia perlu melalui laluan sukar, berlubang dan sempit sebelum mengharung sungai yang dalam. Reka bentuk yang pintar dan keupayaan untuk mengharung sedalam 800 mm memastikan semua komponen kekal kering dan pada masa yang sama melindungi corong pengambilan udara.
Cabaran 5: Menunda pesawat
Cabaran Ford 24-Hour Challenge berakhir di Subang Skypark di mana kuasa, tork dan ketahanan Ranger diuji dengan menunda sebuah pesawat seberat 3,500 kg.
Lihat bagaimana Ranger menyempurnakan cabaran 24 jam di laman web: www.ford.com.my.
No Comment