Goodyear Lapor Pendapatan Bersih Memberangsangkan untuk Separuh Pertama 2016
Goodyear Tire & Rubber Company mencatatkan keputusan yang kukuh pada suku kedua dan separuh pertama 2016. Pengeluar tayar terkemuka itu meraih untung bersih sebanyak $202 juta pada suku kedua 2016 dan $368 juta pada separuh pertama tahun ini.
“Kami mecapai jumlah pengeluaran yang lebih tinggi dan pendapatan yang kukuh pada suku tersebut, mencapai margin operasi di atas 11 peratus dalam ketiga-tiga unit perniagaan,” kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Goodyear, Richard J. Kramer.
Jualan suku kedua syarikat itu adalah $3.9 bilion, turun dari $ 4,2 bilion tahun yang lalu. Sebahagian besar penurunan adalah disebabkan oleh pemisahan anak syarikat di Venezuela, penjualan tayar motosikal di Amerika Utara dan penukaran mata wang yang tidak menggalakkan.
Dengan pertumbuhan di rantau Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Goodyear mencatat 41.5 juta jumlah unit tayar, meningkat dua peratus dari 2015. Penghantaran tayar gantian naik sehingga empat peratus manakala jumlah OEM turun empat peratus.
Untuk enam bulan pertama 2016 pula, Goodyear merekodkan jumlah jualan sebanyak $7.6 juta, turun lapan peratus dari 2015 akibat penukaran mata wang yang kurang memberangsangkan dan pemisahan anak syarikat di Venezuela. Jumlah unit tayar adalah pada 83 juta, naik dua peratus dari 2015 hasil dari pembangunan pesat di rantau Asia Pasifik terutama Jepun dan China.
Asia Pasifik Penyumbang Utama Keputusan Positif
Jualan suku kedua 2016 Asia Pasifik meningkat lapan peratus dari tahun lalu ke $528 juta. Jualan mencerminkan peningkatan 21 peratus dalam jumlah unit tayar, terutamanya dengan pertumbuhan di Jepun dan China, namun diseimbangkan oleh keadaan mata wang asing yang kurang stabil.
Pengambilalihan kepentingan kawalan dalam Nippon Goodyear Ltd. (NGY) di Jepun memberi kesan positif terhadap jumlah pengeluaran dengan peningkatan sebanyak 1.1 juta unit dan jualan sebanyak $40 juta.
No Comment