Berita Auto

Lexus Ganti RC F dengan LC 500 untuk Super GT 2017

Pasukan Lexus Gazoo Racing telah mengesahkan yang LC 500 akan berlumba dalam kelas GT500 dalam siri perlumbaan Super GT tahun depan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pasukan itu kini menggunakan RC F dalam siri perlumbaan yang berpangkalan di Jepun itu. LC 500 Super GT itu dibangunkan oleh Toyota Racing Development (TRD) dan akan diuji bermula bulan ini.

lexus-lc500-super-gt-09-1

Pasukan-pasukan Lexus kini memegang tiga daripada lima tempat dalam senarai kedudukan pasukan menjelang pusingan keenam musim ini yang akan diadakan di Suzuka. Bekas pemandu F1 Heikki Kovalainen berada pada kedudukan kedua dalam senarai pelumba, di hadapan James Rossiter, yang juga memandu RC F.

lexus-lc500-super-gt-06-1

Spesifikasi Lexus LC 500 Super GT

Saiz: 4,960 x 1,950 x 1,220 mm
Berat terendah: Lebih dari 1,020 kg
Jarak roda: 2,750 mm
Transmisi: Sequential enam-kelajuan
Enjin: pengecas turbo, empat silinder
Kapasiti: 2,000 cc

Previous post

Porsche Macan Turbo Lebih Berkuasa Dengan Performance Package

Next post

LaFerrari ke-500 Akan Dibina Untuk Bantu Mangsa Gempa Bumi Itali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *